MANUSIA sememangnya tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Namun sebagai hamba-Nya, kita harus sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. Berbicara mengenai dosa, pasti rata-rata dalam kalangan kita pernah meninggalkan perkara kedua terpenting dalam rukun Islam, iaitu solat, sama ada secara sengaja atau tidak. ARTIKEL BERKAITAN: Mana lebih penting, qada solat fardu atau ‘kejar’ ibadat sunat? Ini penjelasan lengkap agar anda tidak keliru ARTIKEL BERKAITAN: Dosa besar tinggalkan solat atas sebab malas atau sengaja melengah-lengahkan... Bayar hutang segera! Boleh jadi ia disebabkan kerana persekitaran keluarga atau rakan, kesibukan kerja, lalai dan sebagainya. Timbul persoalan, jika seseorang itu mempunyai terlalu banyak 'hutang' solat sehingga tidak tahu bilangannya, bagaimana caranya untuk dia melakukan qada solat? Setiap manusia yang melakukan dosa perlu bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya. -Gambar hiasan Persoalan tersebut dirungkai penuh tuntas oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantaran di Facebook beliau. "Jawapannya, seorang yang tidak tahu banyak mana solat yang telah dia tinggal, maka dia wajib lakukan qadanya sehingga dia yakin bilangannya telah cukup. "Dan menurut kata sesetengah ulama, dia wajib qada sehingga berat pada sangkaannya telah cukup bilangannya," kongsinya dalam hantaran berkenaan. Hantaran tersebut turut menyertakan pendapat seorang ulama terkemuka dalam bidang fiqh, Syaikh Abdurrahman Al-Jaziri, yang bermaksud: "Barang siapa ada atasnya beberapa solat yang luput, yang dia tidak pasti akan bilangannya, maka wajib atasnya bahawa dia qada sehingga dia yakin telah lepas daripada tanggungannya (telah selesai hutangnya) di sisi mazhab Syafie dan Hambali. "Dan berkata mazhab Maliki dan Hanafi, sudah memadai bahawa berat sangkaannya telah lepas daripada tanggungannya," kongsinya. Kesimpulannya, tugas kita adalah untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan di sana kelak. Ini kerana setiap amal yang dilakukan dengan niat yang ikhlas pasti akan diterima oleh Allah. Semoga bermanfaat dan selamat beramal! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube