suria

Tiada janji meninggal dunia hari Jumaat terlepas azab kubur

Tiada dalil yang sahih mengatakan seseorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas seksa kubur. Gambar sekadar hiasan.

MASIH ramai yang terpengaruh dengan teori kononnya seseorang Muslim yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat akan mendapat ganjaran iaitu terlepas daripada azab seksa kubur.

Bagaimana pula jika seseorang yang meninggal pada waktu itu dalam keadaan dirinya kufur atau baharu selesai melakukan maksiat? Adakah dia terpelas daripada azab berkenaan?

Ia tentunya tidak adil bagi Muslim lain yang sepanjang hidupnya mencari keredaan Allah, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang dan bersifat bijaksana.

Terdapat banyak hadis palsu dan lemah menyentuh mengenai kelebihan meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat yang tidak seharusnya kita percaya.

Sebaliknya hanya terdapat beberapa hadis sahih yang sekadar menceritakan akan kelebihan hari Jumaat.


Alam Barzakh adalah permulaan bagi ujian kepada umat Islam yang meninggal dunia. Gambar hiasan.

"Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat" - [Riwayat Muslim].

Ia tidak pun menceritakan tentang orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat keampunan Allah terhadap azab kubur.

Jika dilihat kepada kelebihan hari, tentunya Isnin lebih baik kerana Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, kemudiannya baginda wafat juga pada hari yang sama termasuk sama tarikh kelahirannya ialah 12 Rabiulawal.

Diceritakan ketika Abu Bakar mendapat perkhabaran mengenai kewafatan Rasulullah lalu beliau bertanya kepada isteri baginda Nabi iaitu Aisyah; Hari ini hari apa? Lalu Aisyah menjawab Isnin. Kemudian Abu Bakar pun berkata, aku berharap (meninggal dunia) sebelum masuk waktu malam - [Riwayat al-Bukhairi].

Beliau meninggal dunia pada malam Selasa manakala jenazahnya dikebumikan sebelum Subuh sebelah makam Nabi.

Ini memberi contoh bagaimana kekasih Allah diambil nyawanya selain hari Jumaat manakala Abu Bakar selaku khalifah pertama pula meninggal dunia pada hari Selasa.

Rasulullah pun bersabda, mereka sedang diseksa dalam kubur. Sekiranya kamu tidak bimbang untuk (melakukan kerja) mengebumikan mayat, aku mohon kepada Allah untuk mendengarkan kepada kamu semua, dahsyatnya seksa kubur sebagaimana aku dengar.

Jika benar Jumaat mempunyai kelebihan sehingga seseorang yang meninggal itu akan terlepas azab kubur, tentunya mereka yang istimewa di sisi Allah akan diambil nyawanya pada hari berkenaan.

Justeru, kematian pada hari apapun bukan ukuran sebaliknya setiap umat Islam perlu meningkatkan amalan masing-masing agar tergolong dalam kalangan ahli-ahli syurga yang terlepas daripada azab seksa kubur dan api neraka.

Diseksa dalam kubur

Dalam satu hadis diriwayatkan Muslim menceritakan Zahid bin Tsabit berkata, ketika Nabi SAW di kebun Bani Najjar yang terdapat perkuburan di kawasan itu sambil menaiki seekor keldai, tiba-tiba keldai membelok sehingga hampir jatuh.

Lalu Nabi bertanya; Dalam kalangan kalian, siapa tahu kuburan-kuburan ini milik siapa? Kemudian seorang lelaki berkata, miliknya.

Nabi bertanya lagi, bila mereka meninggal?

Jawab pemilik kuburan itu, mereka mati dalam keadaan syirik lalu Rasulullah pun bersabda, mereka sedang diseksa dalam kubur. Sekiranya kamu tidak bimbang untuk (melakukan kerja) mengebumikan mayat, aku mohon kepada Allah untuk mendengarkan kepada kamu semua, dahsyatnya seksa kubur sebagaimana aku dengar.

Kemudian Rasulullah pun memalingkan mukanya kepada mereka dan bersabda berlindunglah kamu daripada seksa api neraka, berlindunglah kamu daripada seksa kubur, berlindunglah kamu dengan Allah dari fitnah yang baik, nyata atau pun tersembunyi dan berlindunglah kamu daripada fitnah Dajal. Semua sabda Nabi itu disambut oleh para sahabat - [Riwayat Muslim].

Kubur, Mati, Meninggal

Artikel Lain