TAHUKAH anda bahawa setiap tujuh saat di dunia, seorang pesakit kencing manis atau diabetis akan meninggal dunia? Lebih menggerikan satu kaki akan dipotong setiap 20 saat pada setiap hari di seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah diabetis terbukti sebagai salah satu punca kematian paling utama di negara ini. Malah ia merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi. Sebagai contoh pasti ada ahli keluarga ataupun kenalan terdekat kita yang menghidap diabetis. Selain rawatan konvensional di hospital, satu kaedah perubatan alternatif yang diperkenalkan sejak 2003 lagi mula menjadi pilihan penghidap diabetis. Rawatan yang menggunakan ulat sebagai 'senjata' untuk menyelamatkan kaki daripada dipotong dikenali sebagai terapi ulat atau Maggot Debridement Therapy (MDT). Menurut Ketua Unit Penjagaan Luka, Jabatan Perubatan Dalaman, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Profesor Dr Harikrishna K.R.Nair seramai 10,000 pesakit sudah menggunakan terapi ulat sejak enam tahun lalu. Dr Harikrishna K.R.Nair. "Daripada jumlah itu, kira-kira lebih satu juta maggot telah digunakan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama mStar Online. Beliau berkata, kaedah rawatan tersebut menjadi pilihan pesakit diabetes kerana ia berjaya menyelamatkan kaki pesakit yang sepatutnya dipotong dibawah lutut. "Pada awalnya kaki pesakit tersebut disarankan untuk dipotong tetapi apabila maggot digunakan dan aliran darah pada kaki pesakit masih ok maka kaki berkenaan dapat diselamatkan," katanya. Selain kos rawatan yang murah, Dr Harikrishna berkata ulat yang digunakan dari spesies Lucilia cuprina iaitu lalat tempatan juga halal. "Jika pesakit buat rawatan di luar, mereka perlu bayar RM1 untuk seekor ulat. Namun bagi pesakit yang menjalani rawatan ini di HKL, mereka hanya perlu membayar RM5 untuk caj klinik pakar. "Jumlah ulat yang diletakkan untuk satu-satu rawatan bergantung kepada saiz tisu mati pada luka. Kebiasaannya 10 ulat untuk ukuran luka 10 sentimeter persegi. "Ulat tersebut membiak di makmal dengan makan hati lembu. Jadi tak perlu risau kerana ulat tersebut sudah diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Ditanya adakah rawatan ini menggelikan pesakit, Dr Harikrishna berkata kebanyakan pesakit membenarkan maggot untuk merawat luka kronik mereka. "Tidak ada seorang pesakit pun yang tidak beri kebenaran. Mereka takut kaki akan dipotong. Walaupun kawasan luka dah hitam, mereka tetap nak pakai maggot. "Kebanyakan pesakit diabetes kaki mereka akan kebas apabila menjalani rawatan itu. Maggot terlalu kecil jadi pesakit tak rasa sakit sangat," katanya. Proses pembiakan ulat maggot yang digunakan untuk merawat luka sukar sembuh terutamanya pesakit diabetes. Dr Harikrishna berkata ulat-ulat berkenaan bertindak merembeskan enzim ke atas luka dan akan memecahkan tisu-tisu mati. "Pergerakan ulat-ulat itu yang dipanggil sebagai mikro urutan akan membantu pertumbuhan tisu dan kemudiannya memecahkan tisu mati. "Semua tisu mati akan dihirup dan luka akan jadi bersih selepas itu. Apa yang menarik mengenai ulat-ulat ini adalah ia ibarat pakar bedah paling kecil di dunia," katanya. Jelas beliau, proses penyembuhan luka pesakit bergantung kepada saiz dan keadaan luka yang dialami pesakit. "Kalau luka di diperingkat awal, ada tisu mati, kita letak ulat ini selama 48 jam. Maksudnya jika kita letak hari Jumaat, kita akan buka balutan pada Isnin. "Lepas itu kita akan flush ulat-ulat tadi menggunakan air suling. Jadi dalam tempoh dua minggu anda boleh nampak perubahan pada luka itu," katanya. Namun beliau berkata, tidak semua luka boleh dirawat menggunakan kaedah tersebut. "Mana-mana luka yang mempunyai tisu mati boleh menggunakan terapi ulat ini. Jadi kita boleh pakai untuk sembuhkan luka pada kaki pesakit diabetes. Begitu juga pesakit yang mengalami venous ulser. "Pesakit kanser tidak digalakkan untuk menggunakan terapi ini kerana kita bimbang pergerakan maggot boleh membuatkan rasa sakit," katanya. Luka pesakit perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum ulat maggot diletakkan di dalamnya. Beliau berkata, kaedah rawatan tersebut menjadi pilihan pesakit diabetes kerana ia berjaya menyelamatkan kaki pesakit yang sepatutnya dipotong dibawah lutut. "Pada awalnya kaki pesakit tersebut disarankan supaya dipotong tetapi apabila maggot digunakan dan aliran darah pada kaki pesakit masih okay, maka kaki berkenaan dapat diselamatkan," katanya. Selain kos rawatan yang murah, Dr Harikrishna berkata ulat yang digunakan dari spesis Lucilia Cuprina iaitu lalat tempatan juga halal. "Kos rawatan hanya RM1 untuk seekor ulat. Jumlah ulat yang diletakkan untuk satu-satu rawatan bergantung kepada saiz tisu mati pada luka. Kebiasaannya 10 ulat untuk ukuran luka 10 sentimeter persegi. "Ulat tersebut membiak di makmal menggunakan hati lembu. Jadi tak perlu risau kerana ulat tersebut sudah diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Ditanya adakah rawatan ini menggelikan pesakit, Dr Harikrishna berkata, kebanyakan pesakit sendiri membenarkan maggot untuk merawat luka kronik mereka. "Tidak ada seorang pesakit pun yang tidak beri kebenaran. Mereka takut kaki akan dipotong. Walaupun kawasan luka dah hitam, mereka tetap nak pakai maggot. "Kebanyakan pesakit diabetes kaki mereka akan kebas apabila menjalani rawatan itu. Maggot terlalu kecil jadi pesakit tak rasa sakit sangat," katanya. Dr Harikrishna berkata, ulat-ulat berkenaan bertindak merembeskan enzim ke atas luka dan akan memecahkan tisu-tisu mati. "Pergerakan ulat-ulat itu yang dipanggil sebagai mikro urutan akan membantu pertumbuhan tisu dan kemudiannya memecahkan tisu mati. "Semua tisu mati akan dihirup dan luka akan jadi bersih selepas itu. Apa yang menarik mengenai ulat-ulat ini adalah ia ibarat pakar bedah paling kecil di dunia," katanya. Luka pesakit sudah mula sembuh dan kering. Jelas beliau, proses penyembuhan luka pesakit bergantung kepada saiz dan keadaan luka yang dialami pesakit. "Kalau luka di di peringkat awal, ada tisu mati, kita letak ulat ini selama 48 jam. Maksudnya jika kita letak hari Jumaat, kita akan buka balutan pada Isnin. "Lepas itu kita akan flush ulat-ulat tadi menggunakan air suling. Jadi dalam tempoh dua minggu anda boleh nampak perubahan pada luka itu," katanya. Namun beliau berkata, tidak semua luka boleh dirawat menggunakan kaedah tersebut. "Mana-mana luka yang mempunyai tisu mati boleh menggunakan terapi ulat ini. Jadi kita boleh pakai untuk sembuhkan luka pada kaki pesakit diabetes. Begitu juga pesakit yang mengalami venous ulser. “Pesakit kanser tidak digalakkan untuk menggunakan terapi ini kerana kita bimbang pergerakan maggot boleh membuatkan rasa sakit,” katanya. Seorang pesakit diabetes, Liana Basri, 50, yang mengalami luka di kaki akibat terpijak paku berkarat bersyukur kerana diperkenalkan oleh jirannya dengan kaedah rawatan tersebut. Selepas dua kali menjalani terapi tersebut, ibu kepada empat orang anak itu mengakui luka pada tapak kakinya itu sudah mula sembuh. Dr Harikrishna memantau keadaan pesakit diabetes yang menjalani rawatan itu di HKL. "Sebelum ini luka itu membengkak, bernanah dan berair sampaikan saya susah nak berjalan. Kaki rasa kebas. Nak pergi tandas kena ada orang pimpin. Pergerakan saya agak terbatas. "Namun setelah menjalani ulat sebanyak dua kali, alhamdulillah luka dah mula elok dan kering, tak jadi macam dulu-dulu," katanya. Ditanya mengenai perasaannya semasa kali pertama mencuba rawatan itu, Liana berkata pada awalnya dia agak takut dan nyaris mengubah fikiran untuk tidak meneruskan terapi tersebut. "Bukan sahaja rasa takut tapi geli pun ada. Macam-macam bermain di kepala. Tapi selepas melihat keberkesanannya, saya amat berpuas hati. "Saya sarankan orang yang mengalami luka sukar sembuh supaya mencuba rawatan ini. Abaikan perasaan takut demi mengelak kaki kita dipotong," katanya.