MASALAH kelemumur, kulit kepala berminyak dan rambut gugur adalah biasa berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan diri tetapi mood seharian. Mana tidaknya kalau kelemumur penuh di atas baju ia pasti mendatangkan rasa malu dan kurang keyakinan hendak pula apabila ada yang menegur. Malas menjaga rambut atau penggunaan syampu tidak sesuai dengan kulit kepala juga boleh menjadi sebab masalah tersebut berlaku tanpa berkesudahan. Tak usah gusar, empat jenama syampu terkenal iaitu Pantene, Head & Shuolders, Rejoice dan Herbal Essences bergabung tenaga dengan Shoppe melancarkan Hari Jenama Super bertemakan Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya. Tapi sebelum itu jom hadam dahulu beberapa masalah biasa berkaitan rambut dan penyelesaiannya! 1. Masalah rambut gugur Rambut gugur adalah antara masalah biasa dihadapi oleh ramai orang dan ia dikatakan kemelut paling utama di Malaysia. Keguguran rambut dikaitkan dengan beberapa sebab seperti stres, penggunaan bahan kimia kasa daripada bahan peluntur dan pewarna, stres haba berlebihan daripada penggulung rambut panas serta persekitaran (pencemaran dan pancaran UV). Jika anda mula mengalami tanda-tanda rambut gugur, anda seharunya menggunakan produk penjagaan rambut yang dapat mengalami masalah ini. Ya! Formula Pro-Vitamin Pantene bukan sahaja membersihkan malah menguatkan rambut dari akar sehingga hujung rambut selain mengurangkan masalah rambut kusut semasa dibasuh. Syampu yang mengandungi pengadang kerosakan keratin ini membantu mencegah kerosakan rambut untuk mengurangkan keguguran menerusi penggunaan kerap. 2. Kelemumur Tanda biasa anda mengalami masalah kelemumur; kepingan kelemumur yang gugur, kegatalan dan kemerahan akibat kerengsaan serta kulut kering. Ia sebenarnya perkara biasa tetapi pemilihan syampu anti kelemumur merupakan senjata terbaik untuk memastikan anda bebas daripada masalah itu. Tahukah anda syampu Head & Shoulders Cool Menthol adalah produk anti kelemumur nombor satu di dunia? Ia terbukti secara klinikal tau! Ia mengandungi teknologi Zinc Pyrithione (ZPT) yang merawat kelemumur pada sumber dan mencegah daripada berulang selain menthol untuk memberikan sensasi menyegarkan dan formulanya lembut untuk kegunaan harian. 3. Rambut berbau Kalau malas cuci rambut memang akan berbau! Tapi faktor cuaca seperti di Malaysia yang panas termasuk pencemaran dan peluh memburukkan lagi keadaan. Tapi tak usah risaulah! Rejoice tampil dengan Perfume Smooth dengan haruman bunga peony yang diadun oleh pakar minyak wangi antarabangsa! Tak cukup itu, ia ada serum untuk rambut anda agar lembut dan wangi. Tak cukup itu, Pantene Pro-V Total Damage Care juga sesuai digunakan dalam menjadikan rambut anda cantik berseri dan lembut termasuk memperbaiki masalah rambut berpecah, kusam dan rosak. Tunggu apa lagi! Sehingga 12 April ini, semua jenama Super P&G x Shoppe menawarkan potongan sehingga 80 peratus termasuk produk terbaharu Rejoice 3-in-1 Perfect dan Head & Shoulders Subzero. Pembelian pek penjagaan rambut diberikan potongan tambahan 15%, selain tawaran serendah RM1 serta Jualan Mengejutkan setiap hari. Ambil bahagian dalam peraduan media sosial dan permainan aplikasi untuk memenangi hadiah menarik.