KALAU bercakap tentang diet, kebanyakan daripada kita sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan bentuk badan idaman tetapi ramai juga yang 'hangat-hangat tahi ayam'. Ia disebabkan mereka tidak mendapat keputusan yang diinginkan walaupun telah melakukan senaman dan diet. Tapi mungkin ada di antara kita yang tidak sedar bahawa sesetengah makanan yang dianggap 'sihat' itu sebenarnya adalah pembunuh diet anda! Ini adalah 10 makanan yang boleh memusnahkan diet anda dalam sekelip mata. 1. Kerepek kentang Kebiasaannya makanan ringan, minuman bergas dan ais krim sering dikaitkan dengan pemakanan tidak sihat namun sebenarnya kentang goreng adalah antara yang terburuk! Menurut kajian di Universiti Harvard yang disiarkan dalam The New England Journal of Medicine, kerepek kentang adalah penyumbang utama dalam peningkatan berat badan. Jadi, katakan selamat tinggal kepada potato chips. 2. Kentang goreng Masih mengenai kentang. Dalam kajian sama, kentang goreng boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah dan insulin lebih cepat berbanding pengambilan gula biasa. 3. Daging proses Hidangan berasaskan daging proses seperti sosej dan burger bukan sahaja menyebabkan berat badan mudah meningkat malah ia boleh menyebabkan kesihatan anda dalam bahaya. Pengambilan daging proses secara kerap boleh mengakibatkan penyakit diabetes, kanser dan darah tinggi! 4. Bijirin bergula Bijirin antara makanan popular terutamanya dalam kalangan kanak-kanak ketika bersarapan namun tanpa disedari ia tinggi dengan kalori dan gula. Apa kata gantikan dengan oat kerana menurut kajian, makan oat pada waktu pagi boleh memberi tenaga selain mengeyangkan dan paling penting ia rendah kalori. 5. Soda diet Jangan tertipu dengan perkataan diet kerana rendah kalori tidak bererti ia tiada kandungan gula. Ini kerana kebanyakan minuman yang menggunakan perkataan 'diet' sebenarnya menggunakan pemanis buatan atau 'artificial sweeteners' yang mengakibatkan penambahan berat badan untuk jangka panjang. Lebih baik minum air putih kan? 6. Smoothies dalam botol Hanya kerana 'smoothies' dibuat menggunakan buah-buahan itu tidak bererti ia baik untuk diet anda. Kebanyakannya mengandungi kandungan gula tinggi dan ada di antaranya mencecah 52 gram gula sebotol dan adalah lebih baik anda buat sendiri minuman itu di rumah yang lebih sihat. 7. Buah kering Buah kering nampak macam snek berkhasiat tetapi sebenarnya ia telah diproses dengan gula yang menyebabkan diet anda menjadi sia-sia. Lebih baik makan buah-buahan segar saja! 8. Ayam goreng Jika anda tengah gigih mengurangkan berat badan, ayam goreng perlu dikeluarkan daripada menu diet anda. Isu dengan makanan bergoreng ia mengandungi lemak dan minyak yang tinggi. 9. Minuman bertenaga Sebelum melakukan senaman ramai yang gemar mengambil minuman bertenaga tetapi ia sebenarnya sangat berbahaya kerana mengandungi kafien lebih tinggi daripada kopi selain gula berlebihan. Jika ingin dapatkan tenaga secara semulajadi lebih baik minum kopi hitam, teh atau pun smoothie buatan sendiri. 10. Jem Jem adalah bukti bukan semua produk yang diperbuat daripada buah-buahan adalah baik untuk kesihatan dan diet anda. Sebagai ganti gunakan peanut butter bersama potongan buah segar dalam roti anda. - Eat This