suria

Jangan sayang nak buang rempah-ratus lama di dapur! Inilah sebabnya...

Rempah-ratus yang sudah lama tidak digunakan akan masuk angin. - Gambar hiasan/Pinterest

PASTI anda pernah melalui saat di mana ada masa terluang dan teringin mencuba resipi baharu daripada buku masakan kegemaran.

Dalam membelek-belek resipi pada buku masakan itu, anda mungkin memeriksa sama ada rempah ratus yang diperlukan masih ada di dapur atau sudah kehabisan.

Ketika anda mengeluarkan satu persatu rempah yang ada, pernahkah terlintas bilakah kali terakhir anda membelinya?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu! 10 makanan ini nampak 'sihat', tapi sebenarnya pemusnah diet anda

Jika anda bukan seorang yang kerap memasak, mungkin usia rempah-ratus itu sudah berbulan lamanya.

Beli rempah-ratus dalam kuantiti yang memadai agar ia tidak dibazirkan begitu sahaja. - Gambar hiasan/Pixabay

Persoalannya di sini, adakah rempah itu masih elok dan perlukah ia diganti?

Chef eksekutif di Eat Clean Bro Brian Bennett berkata , rempah-ratus yang sudah lama dibuka sejak ia mula digunakan hendaklah dibuang.

"Rempah-ratus dalam kabinet saya hanya digunakan dalam tempoh tiga bulan," kata Bennett yang mengakui membelinya dalam kuantiti sedikit, kecuali emping cili dan rempah kari seperti garam masala dan vadouvan.

Bagi seorang chef, ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk menghabiskan rempah di kediamannya dalam tempoh yang singkat, namun bagi seseorang yang jarang memasak, rempah-ratus yang disimpan mungkin sudah terperuk di kabinet dapur melebihi dua tahun!

Rempah tidak akan menjadi tengik tetapi sudah pasti ia akan masuk angin

BRIAN BENNET

"Saya tidak akan menggunakan rempah-ratus yang lebih tempoh setahun.

"Rempah tidak akan menjadi tengik tetapi sudah pasti ia akan masuk angin," katanya.

Lama-kelamaan, oksigen akan melemahkan aroma dan rasa dalam rempah-ratus.

Kerana itulah rempah harus disimpan di dalam bekas yang kedap udara atau simpan di dalam bekas asalnya. - Eat This

rempah-ratus

Artikel Lain