SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, minuman teh susu bukan sahaja popular di restoran mamak, malahan ia semakin terkenal di gerai jualan dalam pusat beli-belah. Jika di India, Taiwan, Vietnam dan Kemboja; minuman teh susu sudah sinonim dengan masyarakat setempat sehingga menjadi satu budaya warisan. Walaupun terdapat pelbagai manfaat kesihatan daripada minuman berasaskan teh, namun pengambilan yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan! ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup beratur panjang demi 'bubble tea' viral, tapi keliru status halalnya... Ini jawab Jakim! Jangan ambil mudah tabiat ini kerana risiko yang menanti amatlah membimbangkan. Ketahui enam kesan sampingan yang menanti peminat tegar teh susu. Penggemar teh selalu mengalami masalah sukar tidur malam. - Bustle 1. Imsonia Seperti kopi, teh terutamanya teh hitam adalah sangat kaya dengan kafeina. Apabila badan anda mengandungi kafeina yang berlebihan, terutamanya pada separuh hari yang kedua, ia akan menyebabkan gangguan tidur seperti imsonia. Minum teh susu lebih dari dua cawan akan mengundang masalah tidur yang ketara. Ketidakseimbangan kimia otak akan menyebabkan kerisauan melampau. - Harvard Health 2. Kerisauan melampau Teh herba kamomil cukup dikenali dengan kemampuannya untuk memberikan ketenangan, namun amalan minum teh susu berlebihan boleh menyebabkan kerisauan melampau. Walaupun teh boleh mengaktifkan sel otak untuk jadi tenang, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kimia otak jika diminum terlalu banyak. Jangan minum teh lebih dari 150 milimeter sehari. Jerawat adalah salah satu kesan sampingan minum teh berlebihan. - Medical News Today 3. Jerawat Salah satu kesan sampingan yang paling ketara adalah ke atas kulit dan kemunculan jerawat di seluruh badan. Kuantiti teh yang kecil boleh membuang toksin dalam badan, tetapi jika berlebihan mampu membuatkan tubuh berasa panas dan ketidakseimbangan dalam kimia badan. Kandungan kafeina dalam teh boleh menyebabkan sembelit. - Allayurveda 4. Sembelit Teh mengandungi kafeina dan sejenis kimia yang dipanggil teofilina yang membuang toksin pada badan, menenangkan minda dan otot serta meningkatkan aliran darah. Namun, sekiranya anda minum teh terlalu banyak, teofilina boleh menyebabkan berlakunya sembelit melampau sehingga membuatkan badan mengalami dehidrasi. Degupan jantung meningkat jika minum teh secara berlebihan. - BU Today 5. Ketidakseimbangan tekanan darah Salah satu kesan paling bahaya adalah ketidakseimbangan tekanan darah kerana kadar degupan jantung meningkat sehingga menyebabkan tekanan darah naik jika diminum secara berlebihan. Siapa sangka minuman teh boleh menyebabkan keguguran berlaku. - Medical News Today 6. Risiko keguguran Minum teh boleh mengendurkan otot, tetapi bagi wanita hamil, otot yang terlalu relaks boleh mengakibatkan keguguran. Elemen membuang toksin yang terlalu banyak atau aliran darah tidak sekata meninggikan risiko kesihatan pada ibu dan bayi. Ibu hamil diminta untuk memantau pengambilan teh secara lebih berwaspada. - Parenting First Cry