VITAMIN D adalah salah satu vitamin yang diperlukan tubuh bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap terbaik. Kekurangan vitamin D akan mendedahkan anda kepada jangkitan, kemurungan dan kesihatan tulang yang merosot. Pembantu Profesor Neurosains, Nicole Avena di Sekolah Perubatan Gunung Sinai di New York, Amerika Syarikat dan pakar pemakanan berdaftar Kelli McGrane menjelaskan tentang kepentingan vitamin D kepada kesihatan individu. ARTIKEL BERKAITAN: Banyak minum teh susu boleh akibatkan keguguran, ini 6 kesan sampingan yang perlu anda tahu "Salah satu kepentingan utamanya adalah memaksimumkan penyerapan dan penggunakan kalsium yang menjadi mineral penting kepada sistem tulang dan gigi manusia. "Ia juga penting untuk fungsi otot, jantung dan paru-paru," kata Avena. Pendedahan terhadap matahari adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan vitamin D. - The Conversation Tanpa vitamin D yang mencukupi, seseorang itu terdedah kepada risiko jangkitan, keletihan, sakit belakang dan penyembuhan luka yang lambat. Avena berkata, kajian mendapati 1,200 IU vitamin D sehari selama empat bulan pada musim sejuk dapat mengurangkan risiko dijangkiti demam. "Vitamin D membenarkan sistem imunisasi badan bekerja secara efisien dan menghindari penyakit," kata beliau. Avena dan McGrane memberitahu bahawa tanpa Vitamin D yang mencukupi, tulang manusia akan menjadi lembut dan mudah rapuh serta patah! Tambah Avena, kekurangan vitamin D dikaitkan dengan peningkatan risiko alahan dan penyakit seperti lelah dan ekzema dalam kalangan bayi. Bagaimanapun, kajian mendapati sama ada vitamin D benar-benar dapat melindungi bayi daripada lelah dan alahan masih lagi menjadi kontroversi. Manfaat vitamin D juga boleh diperoleh melalui pengambilan suplemen. - Washington Post Kajian semula beberapa ujian klinikal yang diterbitkan dalam jurnal sains perubatan Cureus mendapati, suplemen vitamin D mungkin membantu dalam pengurusan asma, sebagai tambahan kepada inhaler dan ubat lain. "Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara kekurangan vitamin D dan risiko kebimbangan dan kemurungan. "Walaupun anda boleh mendapatkan vitamin D melalui sumber makanan seperti telur, ikan berlemak, dan minuman yang diperkuatkan, terutamanya jus oren dan susu soya, ramai individu mendapat manfaatnya daripada suplemen lebih-lebih lagi semasa musim sejuk kerana kekurangan sinaran matahari," kata McGrane. Jadi, apakah cara semula jadi untuk meningkatkan paras vitamin D dalam tubuh? McGrane menekankan bahawa pendedahan terhadap matahari adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan vitamin D. "Cadangan umum adalah pendedahan kepada cahaya matahari selama 10 ke 30 minit pada tengah hari. "Selepas tempoh itu, amat penting untuk memakai pelindung matahari jika merancang untuk berada di luar," katanya. - Eat This