suria

Penting! Jemaah haji...jangan abai soal kesihatan

Jemaah haji dinasihatkan untuk mengambil vaksin selain membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.

SALAH satu persediaan utama sebelum mengerjakan haji adalah memastikan minda dan badan dalam keadaan sihat bagi membolehkan semua ibadah dilakukan dapat dilakukan dengan sempurna dan mendapat keberkatan.

Menurut pakar perubatan, Dr. Sasikala Devi A. Amirthalingam, jemaah haji sebenarnya terdedah kepada risiko kesihatan lebih tinggi kerana kepadatan umat Islam manusia dari seluruh dunia yang berkumpul di tempat dan waktu sama.

Atas sebab itu, kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan supaya semua jemaah haji untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit sebelum berlepas ke Arab Saudi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Liat’ buat pemeriksaan kesihatan sebab takut tahu penyakit? Ini nasihat doktor

Malah sejak 2002, pihak berkuasa telah memperuntukan pembiayaan untuk Kementerian Kesihatan membeli vaksin dikenali sebagai meningokokal untuk bakal jemaah haji atau yang berangkat mengerjakan umrah.

November lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggalakkan jemaah haji juga mengambil vaksin pneumokokal dan selesema untuk mengelakkan diri daripada sebarang risiko penyakit.

Manusia dari seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk mengerjakan haji setiap tahun.

Dalam kesibukan menunaikan ibadat haji, perlu diberi perhatian bahawa penyakit berjangkit mudah tersebar melalui hubungan langsung dengan orang yang dijangkiti atau lendir serta air liur.

Dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan keradangan otak dan saraf tunjang selain kuman dalam darah serta radang paru-paru yang boleh mengakibatkan kematian.

Satu kajian dalam kalangan jemaah haji Malaysia juga mendapati vaksin influenza dapat mencegah 50 hingga 60 peratus boleh mengelakkan seseorang daripada ditahan di hospital selain jangkitan kuman dalam paru-paru.

Malah dalam kajian lain pula mendapati sebanyak 17.3 peratus jemaah haji menghidap penyakit kronik, manakala 21.5 peratus mempunyai lebih daripada satu penyakit.

"Selain daripada vaksin, luangkan masa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ini adalah cara lain untuk memastikan seseorang itu sihat.

"Pemeriksaan kesihatan yang komprehensif juga dapat membantu mengesan masalah sekaligus mencegah penyakit tertentu," katanya.

Kanak-kanak juga ramai berada di Makkah pada musim haji. 

Sementara itu, Dr Sasikala berkata, jika seseorang itu menggembara sekalipun, kesihatan adalah paling penting dan adalah digalakkan supaya melakukan pemeriksaan perubatan empat hingga enam minggu sebelum perjalanan dilakukan.

Ini katanya, bagi membolehkan vaksin bertindak dengan lebih berkesan dalam sistem badan seseorang sebelum perjalanan dimulakan.

"Sesetengah vaksin memerlukan tempoh tertentu untuk ia memberi kesan dan kebanyakan vaksin akan bertindak balas dalam masa satu hingga ke dua minggu selepas suntikan.

"Kebanyakan doktor juga mungkin mengesyorkan agar anda membawa ubat sendiri seperti antihistamin, penghilang sakit, krim antiseptik bagi membolehkan mengelakkan sebarang kemungkinan," katanya.

Sementara itu, jemaah haji yang membawa ubat dari Malaysia juga dinasihatkan agar membuat semakan dengan doktor sama ada bekalan ubat itu perlu disertakan dengan surat kebenaran dari hospital.

Ini kerana ada sesetengah ubat itu berkemungkinan adalah bahan terkawal atau terlarang di sesetengah negara dan sekiranya gagal mematuhi peraturan ia mungkin akan dirampas atau lebih buruk anda boleh didakwa kerana membawa barang yang dianggap dadah.

Kebanyakan negara bagaimanapun membenarkan bekalan ubat sehingga 30 hari atau sertakan bersama sijil atau preskripsi perubatan dari hospital. - Star2

Makkah, Haji

Artikel Lain