suria

Ini beza sakit kepala dan migrain serta penyebabnya!

Jangan salah anggap, sakit kepala adalah berbeza dengan migrain. -fotoTHESTAR

MIGRAIN bukanlah penyakit yang mengancam nyawa tetapi cukup untuk membuatkan aktiviti seharian terganggu. Satu dari tujuh orang mengalami sakit kepala akibat migrain setiap hari.

Menurut Pengarah Jabatan Neurologi, Fortis Hospital, Shalimar Bagh di India, DrJaideep Bansal, migrain adalah penyebab umum kedua dari sakit kepala, yang dialami 15 peratus wanita dan enam peratus lelaki.

Memetik Indian Express, sakit kepala akibat migrain biasanya bersifat episodik. Sakit dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut dan menyebabkan rasa mual dan muntah.

Berbeza dengan migrain, sakit kepala biasanya berlaku kerana stres dan rasa tak selesa di kedua-dua belah kepala selain tidak disertai rasa mual, muntah, atau tidak sensitif terhadap cahaya dan suara.

Sejarah keluarga menjadi faktor risiko paling kuat dan konsisten untuk migrain, peluangnya meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam kalangan saudara mara yang mempunyai migrain. Manakala sejarah sakit kepala keluarga tidak mempunyai sebarang perkaitan.

Bagi sebahagian pesakit, migrain tercetus akibat beberapa punca spesifik, sedangkan sakit kepala biasa tidak! Selain itu, migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus sedangkan sakit kepala biasa dapat dikendalikan dengan mengubah gaya hidup dan beberapa ubat penghilang rasa sakit.

Berikut adalah beberapa punca migrain.

- Perubahan hormon terhadap wanita. Fluktuasi estrogen, seperti sebelum atau sepanjang haid, kehamilan dan menopaus nampaknya menyebabkan sakit kepala kepada kebanyakan wanita.

- Ubat hormon seperti kontrasepsi oral.

- Minuman beralkohol, terutama wine dan pengambilan terlalu banyak kopi.

- Stres di tempat kerja atau di rumah.

- Stimulasi sensor, misalnya lampu terang dan sinar matahari, bunyi nyaring, bau yang kuat seperti minyak wangi, cat.

- Perubahan/tidak cukup tidur, jet lag.

- Faktor fizikal, seperti aktiviti fizikal yang menyebabkan ketegangan.

- Perubahan cuaca/tekanan.

- Ubat-ubatan seperti kontrasepsi oral dan vasodilator, seperti nitrogliserin.

- Makanan, contohnya keju, coklat dan kopi.

- Pemanis dan pengawet makanan.

5 cara rawat migrain secara semulajadi

1- Jika dapat dikenal pasti puncanya, elakkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan migrain.

2- Sentiasa bersenam dan meditasi serta amalkan gaya hidup sihat.

3- Tidur malam yang mencukupi. Disarankan 7-8 jam.

4- Elakkan alkohol, rokok dan dadah.

5- Elakkan melakukan aktiviti berat.

sakit kepala, migrain, beza

Artikel Lain