suria

Minum kopi waktu malam tak ganggu tidur, betul ke?

Ramai mengelak minum kopi pada waktu malam kerana bimbang sukar untuk tidur.

BOLEH dikatakan ramai antara kita yang gemar minum kopi terutamanya pada waktu pagi sebagai permulaan hari.

Namun ramai pula mengelak minum kopi pada waktu malam kerana bimbang ia akan menyukarkan mereka untuk tidur.

Bagaimanapun, kajian mendapati minuman berkafein seperti kopi sama sekali tidak mempengaruhi kualiti tidur kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum kopi boleh jadi bagus dan berbahaya... ini sebabnya

Atlantic University dan Harvard Medical School melakukan kajian terhadap 785 individu selama lima hari untuk mencatatkan pengambilan kafein, alkohol dan nikotin sepanjang tempoh itu.

Kajian mendapati minuman berkafein seperti kopi sama sekali tidak mempengaruhi kualiti tidur.

Menerusi kajian itu juga, mereka membandingkannya dengan kualiti tidur harian individu dengan memasang alat pengesan di pergelangan tangan mereka untuk mencatat tempoh, tahap kualiti dan waktu mereka bangun dari tidur.

Hasilnya, responden yang mengambil nikotin dan alkohol mengalami masalah gangguan tidur yang mana individu merokok sebelum tidur memiliki durasi tidur 42 minit lebih cepat.

Responden yang mengambil kafein pula sama sekali tidak mempunyai masalah pada tidur mereka.

Dr Christine Spadola yang mengetuai kajian itu mengatakan kajian menyeluruh hubungan antara pengambilan kafein, nikotin dan alkohol pada malam hari dan kesannya pada kualiti tidur masih dijalankan.

Bagaimanapun katanya, adalah lebih baik tidak mengambil nikotin dan alkohol empat jam sebelum tidur dapat mengurangkan kesan kepada kualiti tidur seseorang itu. - KOMPAS

Kopi, Tidur, Kajian

Artikel Lain