suria

Nak kurangkan pengambilan makanan harian? Apa kata cuba makan sendirian

Makan seorang diri cara terbaik untuk elak pengambilan makanan melebihi had untuk kekal langsing. - Gambar Sekadar Hiasan

JIKA anda berhasrat mengurangkan pengambilan makanan harian untuk memastikan badan kekal menawan, apa kata keluar makan sendirian.

Kajian terkini mendapati, ramai individu yang akan makan melebihi sepatutnya jika meluangkan masa waktu makan bersama rakan atau keluarga.

Tabiat makan sambil bersosial berkesan untuk meningkatkan pengambilan juadah berbanding makan secara solo, demikian menerusi kajian yang diterbitkan American Journal of Clinical Nutrition.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktober datang lagi... Ayuh tingkatkan kesedaran kanser payudara sambil menderma!

"Kami menemui bukti kukuh bahawa tabiat pemakanan akan meningkat jika seseorang itu meluangkan masa makan bersama kenalan dan keluarga berbanding jika makan sendirian," kata ketua penyelidik, Dr Helen Ruddock dari University of Brimingham di Britain.

Kajian mendapati bersosial bersama rakan dan keluarga antara faktor pengambilan makanan berlebihan.

Kajian sebelum ini mendapati, individu yang menjamu selera bersama kawan akan makan sehingga 48 peratus lebih banyak makanan berbanding jika makan sendirian.

Selain itu, wanita yang berdepan masalah obesiti akan makan sehingga lebih 29 peratus berbanding menghabiskan masa menjamu selera sendirian.

Bagi kajian itu, penyelidik menilai 42 kaji selidik sedia ada berkaitan amalan menjamu selera.

Penyelidik mendapati, lebih banyak makanan dijamah ketika bersama rakan dan keluarga kerana mereka menikmati dengan gembira sambil bersosial.

Maksudnya amalan bersosial membuatkan seseorang itu akan makan lebih banyak dan ia berbeza ketika menghabiskan masa makan sendirian.

Lebih-lebih lagi ketika bersama rakan dan keluarga, banyak menu yang akan dicadangkan untuk dicuba dan ia mengukuhkan hubungan.

Dikenali sebagai fasilitasi sosial, ia dianggap fenomena menjamah lebi banyak makanan ketika bersama rakan dan keluarga.

"Ada individu yang mahu menyampaikan mesej positif  dan memberi gambaran positif kepada orang tak dikenali, jadi memilih makanan dalam jumlah kecil adalah antara caranya," kata Ruddock.- bignewsnetwork.com

Ruddock, makan, sosial

Artikel Lain