suria

Jangan terkejut... kesesakan trafik boleh jadi punca kanser paru-paru!

Jalan sesak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan termasuk berdepan dengan risiko kanser.

KANSER paru-paru lebih banyak dikaitkan dengan tabiat menghisap rokok.

Namun tahukah anda, kanser paru-paru juga boleh berlaku kepada mereka yang tidak merokok.

Ia berpunca daripada pencemaran udara atau alam sekitar kerana terdedah kepada asap rokok dan ianya dikenali sebagai second smoker.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau terkena jangkitan penyakit? Cegah pelbagai virus dengan 5 makanan ini

Namun satu lagi punca paling ketara untuk penyakit kanser paru-paru adalah pencemaran udara di kawasan sesak seperti di jalan raya.

Menurut Pengarah Kesihatan, Bahagian Pulmonologi, Gangguan Tidur di Hospital Fortis, New Delhi, Dr Vikas Maurya, seseorang yang terdedah kepada asbestos dan asap membawa kepada risiko penyakit paru-paru.

Jelasnya juga, pencemaran udara di kawasan trafik sesak turut menyumbang kepada peningkatan penyakit kanser.

Tutup penghawa dingin bagi mengurangkan pendedahan pencemaran ketika kesesakan trafik.

Menurut kajian terbaharu yang diterbitkan jurnal Environmental Science: Processes and Impacts, mendapati tahap pencemaran dalam kereta lebih tinggi iaitu 40 peratus dan 29 kali lebih teruk daripada pencemaran di luar kenderaan.

Ini kerana, kipas penghawa dingin akan menyedut udara kotor dari luar dan menghasilkan udara yang lebih kotor.

Oleh itu, seseorang yang kerap terdedah kepada situasi seperti itu boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Berikut beberapa langkah untuk mengelakkan daripada terdedah kepada pencemaran.

*Tutup kenderaan dan penghawa dingin bagi mengurangkan pendedahan pencemaran ketika kesesakan trafik.

*Penghawa dingin perlu dipasang peredaran udara hanya di dalam kenderaan tanpa udara dari luar.

*Pastikan jarak kenderaan anda dan kenderaan di hadapan ada ruang ketika kesesakan trafik kerana ia bukan sahaja untuk keselamatan fizikal sebaliknya juga untuk kesihatan.

Trafik sesak, Kanser, Paru-Paru

Artikel Lain