suria

Bahan perasa buat manusia jadi bodoh? Ini penjelasannya

Ramai memandang negatif terhadap bahan perasa yang dikatakan boleh menyebabkan seseorang menjadi boleh serta meningkatkan risiko penyakit seperti kanser.

"JANGAN guna bahan perasa dalam masakan, nanti jadi bodoh!". Itu antara ungkapan yang biasa kita dengar tentang Monosodium Glutamate (MSG).

Tapi betul ke penggunaan bahan penyedap makanan itu boleh mempengaruhi daya pemikiran manusia?

Pakar Pemakanan Indonesia, Profesor Dr. Nurpudji A. Taslim memberitahu, sejak sekian lama MSG menjadi 'kambing hitam' untuk semua hal negatif berkaitan bahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cendawan mampu kawal gula dalam darah, sesuai jadi diet pilihan pesakit diabetes!

Ia bukan sahaja dikatakan boleh menyebabkan seseorang menjadi bodoh tetapi juga mampu meningkatkan risiko penyakit seperti kanser, darah tinggi dan sebagainya.

Nurpudji memberitahu tuduhan itu tidak mempunyai alasan kukuh sebaliknya sudah banyak kajian dilakukan menunjukkan MSG tidak membahayakan tubuh asalkan ia digunakan secara sederhana.

Penggunaan bahan perasa tidak salah asalkan berpada-pada. 

"Kalau benar ia menyebabkan seseorang itu menjadi bodoh, lihat sahaja rakyat Jepun, semuanya bijak-bijak belaka. Padahal mereka adalah 'champion' dalam menggunakan MSG dalam masakan.

"Jangan terkejut, di Jepun kadar penggunaan bahan perasa tiga kali ganda berbanding negara lain," katanya.

Tambah Nurpudji, tidak salah menggunakan perasa dalam masakan kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan mengalami proses fermentasi bagi memberi rasa pada makanan.

"Tidak salah guna MSG dalam masakan tetapi dalam semua perkara, biarlah berpada-pada dan dalam kuantiti sederhana," jelasnya. - KOMPAS

Bahan perasa, MSG, Masakan, Bodoh

Artikel Lain