suria

Ada 5 punca kanser paru-paru selain rokok!

Perokok bukan lagi individu berisiko menghidap kanser paru-paru.

SEJAK kebelakangan ini kita banyak mendengar ada individu yang terkena kanser paru-paru walaupun tidak pernah merokok.

Ia sebenarnya bukan sesuatu yang pelik kerana menurut kajian, 10 hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru terdiri daripada mereka yang tidak merokok, manakala dua pertiga daripadanya adalah golongan wanita!

Kanser paru-paru itu sendiri terjadi kerana adanya pertumbuhan sel yang abnormal pada jaringan paru-paru dan ia berlaku disebabkan menghidu bahan kimia berbahaya di udara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut... kesesakan trafik boleh jadi punca kanser paru-paru!

Berikut adalah beberapa penyebab kanser paru-paru selain merokok;

Asap rokok bahaya kepada bukan perokok. 

1. Gas radon

Gas radon adalah antara penyebab utama kanser paru-paru, malah ia menyumbang sekitar 21,000 kematian akibat kanser itu setiap tahun manakala 2,900 daripadanya adalah dalam kalangan bukan perokok.

Gas ini boleh wujud di dalam rumah anda yang dibina di atas tanah uranium tanpa anda sedari. Kajian juga menunjukkan risiko kanser paru-paru lebih tinggi pada individu yang tinggal di dalam rumah yang tercemar dengan gas radon.

2. Terdedah kepada karsinogen di tempat kerja

Karsinogen adalah agen pertumbuhan sel kanser seperti arsenik, asbes dan knalpot diesel yang mungkin terdapat di tempat kerja seseorang.

3. Pencemaran udara

Pengkaji mendapati pencemaran udara boleh menyumbang kepada risiko kanser paru-paru. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mengklasifikasikan pencemaran udara sebaga zat yang bersifat karsinogen.

Pencemaran udara boleh meningkatkan lagi risiko kanser paru-paru. 

4. Perokok pasif

Sekitar 15 hingga 25 peratus penghidap kanser paru-paru adalah disebabkan terdedah kepada asap rokok atau juga disebut sebagai asap pasif.

5. Radiasi pada dada

Seseorang yang pernah menjalani radiasi pada bahagian dada mereka didapati berisiko untuk terkena kanser tersebut.

Radiasi pada bahagian dada biasanya dilakukan untuk terapi kanser lain seperti payudara dan limfoma. Namun risiko ini dikatakan tidak sering terjadi.

Diet sihat dengan banyak pengambilan buah-buahan dapat melindungi anda daripada ancaman kanser paru-paru.

Kanser, Paru-Paru, Rokok

Artikel Lain