suria

Sukar kencing di tandas awam? Mungkin pundi kencing anda ‘pemalu’

Gangguan perasaan dan fikiran boleh memberi kesan kepada otot sekali gus menyukarkan seseorang untuk buang air kecil.

KEBANYAKAN daripada kita lazimnya kurang selesa ketika menggunakan tandas awam. Ia mungkin kerana tidak biasa berkongsi dengan orang yang tidak dikenali.

Malahan, ada yang rasa tertekan hingga mengakibatkan mereka sukar buang air kecil di tandas awam.

Kebimbangan sosial ini sebenarnya lebih memberi kesan kepada kaum lelaki berbanding wanita dan ia dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda 9 makanan ini selamat dijamah walaupun selepas tarikh luput

Ia juga dirujuk sebagai sindrom pundi kencing mual atau BBS.

Seperti nama yang dicadangan, pundi kencing pemalu jadi sudah pasti sukar untuk seseorang itu untuk melakukannya di tandas awam.

Keadaan tandas yang kotor turut menyumbang kepada kesukaran untuk membuang air. 

Faktor penyumbang

Bimbang atau risau antara faktor menyumbang kepada situasi itu kerana ia menyebabkan otot anda mengecut. Jadi bagi membolehkan individu yang mengalami masalah ini dapat buang air kecil, tentunya otot sfinkter perlu relaks.

Ketika anda dilatih untuk ke tandas, kita diajar untuk mengecutkan otot kecuali semasa mahu kencing atau buang air besar di tandas.

Sebagai individu dewasa, ketika masuk ke tandas awam tentu sekali diri kita akan membangkitkan perasaan atau memikirkan mungkin ada orang yang tidak dikenali akan masuk ke tandas itu pada bila-bila masa.

Biasanya, individu yang mengalami BBS terutama lelaki lebih mudah buang air kecil dalam mangkuk tandas khusus untuk kaum itu berbanding bekas kencing kecil seperti yang digunakan untuk pesakit di hospital.

Perkara utama yang sering mencetuskan ketidakselesaan adalah kehadiran orang tidak dikenali di tandas awam. Juga pelbagai persoalan bermain di fikiran seperti mungkin mereka dapat lihat, dengar atau menghakimi anda boleh memberi kesan.

 Masalah BBS lebih memberi kesan kepada lelaki berbanding wanita.

Tambah memburukkan keadaan apabila anda terfikir seolah-olah orang ramai sedang menyaksikan perbuatan anda dalam tandas awam itu.

Tidak dinafikan perasaan bimbang dan sedih boleh menyumbang kepada reaksi pundi kencing anda.

Bagaimana untuk mengubatinya?

Tentu sekali anda yang melalui pengalaman dan situasi seperti diatas mahu tahu apakah ia dianggap sesuatu  yang serius atau tidak. Sebenarnya di seluruh dunia memang ada individu yang mengalami sindrom pundi kencing pemalu.

Antara langkah yang wajar diambil adalah bertemu ahli terapi untuk mencari penyelesaian. Berdasarkan kajian didapati terapi kelakuan kognitif dapat membantu empat daripada lima individu yang berdepan BBS. - indianexpress.com

Pundi kencing, Tandas, BBS

Artikel Lain