suria

Tahukah anda 9 makanan ini selamat dijamah walaupun selepas tarikh luput

Roti masih boleh dimakan meskipun sudah mencapai tarikh luput.

BIASANYA kita akan buang makanan apabila ia sudah mencapai tarikh luput, namun sebenarnya ia masih selamat dimakan.

Ini kerana tarikh luput yang disertakan adalah sebagai peringatan kepada pengguna tentang kesegaran sesuatu makanan.

Maka, sebahagian besar makanan yang sudah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan cuma ia menghilangkan kualiti rasa pada makanan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahan perasa buat manusia jadi bodoh? Ini penjelasannya

Sebaliknya kata pakar pemakanan Maya Feller, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi penentu sama ada sesuatu makanan itu masih baik atau pun tidak - Ia termasuk bau, tekstur atau warna makanan yang telah berubah.

Berikut adalah sembilan makanan yang selamat dijamah walaupun telah melepasi tarikh luput.

1. Bijirin

Bijirin mempunyai jangka hayat yang panjang sekiranya ia disimpan dengan baik iaitu di dalam suhu dingin dan kering.

2. Keju

Pembuat keju terkenal New York, Rachel Freier memberitahu keju semakin enak meskipun sudah melepasi tarikh luput. Pertumbuhan bakteria bukanlah satu masalah, asalkan potong bahagian yang rosak.

Namun tetap perlu lebih berhati-hati kerana semakin lama keju disimpan ia mengumpul lebih banyak air di dalamnya.

3. Pasta

Pasta kering biasanya boleh disimpan sehingga dua tahun asalkan ia diletakkan di tempat dingin dan kering.

4. Yogurt

Yogurt yang telah dibuka biasanya akan lebih cepat rosak berbanding belum dibuka dan boleh bertahan sehingga dua minggu selepas tarikh luput.

5. Kerepek ubi

Kerepek ubi mungkin sudah tidak enak dimakan jika terbiar masuk angin. Tapi kalau anda menyimpannya dengan baik ia boleh bertahan lama dan jangan bimbang jika sudah melepasi tarikh luput.

6. Roti

Sudah menjadi kebiasaan, sampai sahaja tarikh luput kita akan buang roti tetapi sebenarnya ia masih selamat dimakan asalkan tidak berbau masam atau busuk dan berkulat. Sebaiknya manfaatkan dengan buat roti telur atau roti bakar.

7. Coklat

Warna keputihan pada coklat yang disimpan lama bukannya kulat. Ia sebaliknya chocolate bloom dan selamat dimakan. Nak lebih selamat, simpan coklat anda dalam peti ais.

8. Makanan beku

Makanan beku (frozen food) juga selamat dimakan dan ia cara terbaik untuk memanjangkan usia sesuatu makanan.

9. Sos

Kicap, sos cili dan mayonis selamat dimakan selepas tempoh luput namun ada syaratnya - jika ia masih belum dibuka!

Makanan, Tarikh Luput, Roti, Yogurt, Sos

Artikel Lain