PENULARAN wabak Covid-19 tidak mengenal siapa dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Namun kajian mendapati golongan berusia, lelaki atau mereka yang merokok dikatakan lebih mudah terkena jangkitan berbahaya itu. Kajian yang dijalankan di China turut mendapati, mereka yang memiliki darah jenis A lebih mudah dijangkiti sementara darah jenis O memiliki daya tahan tubuh lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: Serangan besar Covid-19 bunuh sistem dalaman manusia South China Morning Post melaporkan, pendapat itu dikeluarkan selepas beberapa kajian dan penelitian dibuat terhadap 2,000 pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 di Wuhan dan Shenzhen, China. Kajian yang dilakukan oleh Wang Xinghuan dari Centre for Evidence-Based and Translational Medicine di Zhongnan Hospital of Wuhan University. Menerusi kajian itu, mereka mendapati pesakit berdarah A menunjukkan peningkatan jangkitan lebih tinggi dan menunjukkan gejala lebih teruk. Individu yang berdarah jenis A perlu lebih berhati-hati. Daripada 206 pesakit yang dianalisa, 85 daripadanya berdarah A iaitu 63 peratus lebih banyak berbanding 52 individu dengan jenis darah O. "Individu yang mempunyai darah jenis A perlu lebih berhati-hati bagi mengurangkan potensi terkena jangkitan," kata Wang. Wang memberitahu, pesakit berdarah A perlu menerima pengawasan dan rawatan lebih ketat.Berdasarkan penelitian di US National Center for Biotechnology Information (NCBI), darah O paling umum di India (37.12 peratus), diikuti B (32.26 peratus) dan A (22.88 peratus). Sementara darah jenis AB mencatatkan angka paling rendah, 7.74 peratus.Di Amerika Syarikat pula, sekitar 44 peratus populasi penduduk di sana memiliki darah jenis O dan sekitar 41 peratus memiliki darah A. "Mengkaji dan meneliti jenis darah pesakit memberi manfaat bagi menangani wabak itu serta virus lain," kata Wang lagi. Pun begitu, tidak kira apa juga jenis darah, itu bukan bererti kita boleh berasa selamat kerana Covid-19 secara dasarnya boleh menyerang sesiapa sahaja jika terdedah kepadanya.