suria

Ibu hamil katanya tak elok makan mi segera, tapi kalau dah mengidam ikut cara ini

Ibu hamil tidak digalakkan mengambil makanan segera kerana ia kurang nutrisi.

MI segera memang sedap terutamanya ketika kita malas memasak. Cukup sekadar direndam selama dua minit dalam air panas, sudah boleh dimakan.

Bagaimanapun, adakah mi segera selamat dimakan oleh ibu mengandung? Sebaik-baiknya, elakkan makan kerana ia kurang nutrisi untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Ini kerana mi segera termasuk dalam kalangan produk diawetkan, kandungan sodium yang tinggi selain nutrisinya sangat sedikit.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP bermakna duduk rumah, tapi jangan makan ikut sedap mulut... elak undang pelbagai penyakit

Journal of Pediatrics and Mother Care menjelaskan mengidam adalah perkara biasa yang dialami wanita mengandung dan kebiasaannya mereka akan teringin untuk menikmati makanan dalam kategori 'tidak sihat' termasuklah mi segera.

Bagi menambah khasiat, masukkan pelbagai sayur-sayuran ketika memasak mi segera.

Tapi sekiranya, ada ibu mengandung yang mengidam nak makan mi segera, bukan tak boleh makan tapi ada caranya.

1. Didihkan air terlebih dahulu sebelum merebus mi dan buang air rebusan serta gantikan air yang baharu.

2. Tambahkan sayur-sayuran yang banyak seperti tomato, sawi, lobak merah dan sebagainya ke dalam mi segera bagi menambah nutrisi.

3. Jangan gunakan kesemua serbuk perasa. Selain itu jangan letak perasa tambahan lain seperti garam atau gula.

4. Serbuk perasa biasanya akan melekat pada lidah, jadi banyakkan minum air kosong serta buah-buahan.

Namun harus diingat, sebaik-baiknya hindari mi segera ketika hamil kerana ia mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi selain rendah vitamin, protein, serat dan mineral.

Tak hanya itu, mi segera juga mengandungi natrium yang tinggi dan pengambilan berlebihan boleh memberi masalah kesihatan kepada ibu seperti masalah hipertensi dan perkembangan janin dalam kandungan.

Hamil. Mi Segera, Mengidam

Artikel Lain