TIDAK dinafikan Covid-19 telah menimbulkan kerisauan dan ketegangan baharu di seluruh dunia, namun sehingga ini masih ramai yang belum benar-benar tahu mengenai gelaja-gejala jangkitan Covid-19. Dengan mengetahui tanda-tanda dan tahap risiko antara Covid-19 dan selesema biasa, ia dapat membantu pemahaman kita dalam usaha mengurangkan virus itu daripada terus menular. Berikut adalah panduan mudah mengenai perbezaan antara Covid-19 dan selesema biasa yang dikongsikan oleh Dr Nor Hayati Shaharuddin, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Penyakit Berjangkit dari Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa ramai pesakit diabetes meningggal dunia akibat Covid-19? Ini jawapannya Perbezaan antara kedua-dua virus? Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza, tetapi agak sukar dibezakan berdasarkan penyebab masalah yang berlaku. Antara masalah-masalah akibat kedua-dua virus ini adalah ia menyebabkan gangguan sistem pernafasan dalam mana-mana kumpulan umur, terdapat kes-kes yang disahkan Covid-19 merupakan asymptomatic atau mereka tidak mempunyai gejala, melalui pneumonia yang sederhana hingga tahap serius, kegagalan pernafasan, melibatkan multiorgan dan juga kematian. Selain itu, kedua-dua virus merebak melalui kontak atau sentuhan, titisan kelembapan dan permukaan atau objek yang tercemar. Warga emas perlu berhati-hati sekiranya mengalami gejala demam. Justeru, langkah-langkah kesihatan awam juga sama, seperti penjarakan sosial, menjaga kebersihan tangan dan etika pernafasan yang baik (batuk ke siku atau ke dalam tisu dan segera melupuskan tisu), adalah tindakan penting untuk kita mengambil untuk mencegah jangkitan. Perbezaan influenza dan selesema biasa Ini amat membimbangkan kerana kedua-dua jangkitan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan influenza dan selesema biasa. Tanpa ujian makmal yang khusus, sukar untuk membezakan antara kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom yang dialami. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara dua virus ini melalui kadar jangkitan yang dialami. Bagaimanakah Covid-19 merebak? Cara penularan Covid-19 daripada individu melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan Covid-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Seseorang itu juga boleh dijangkiti Covid-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari satu meter dari pesakit dijangkiti wabak itu. Kadar jangkitan dan penyebaran secara amnya, orang yang mengalami selesema biasanya akan mempunyai gejala dalam masa satu hingga empat hari. Bagaimanapun, tanda-tanda untuk Covid-19 pula boleh berlaku di antara satu hingga 14 hari dan pakar-pakar perubatan menganggarkan bahawa setiap pesakit Covid-19 akan menjangkiti antara dua hingga ke tiga orang. Ini adalah dua kali ganda semasa musim selesema yang biasanya menjangkiti 1.3 orang bagi setiap pesakit. Ini bermakna bahawa influenza boleh merebak lebih cepat daripada Covid-19 tetapi lebih kepada penyakit akut dan boleh pulih lebih cepat. Covid-19 adalah lebih perlahan pada permulaanya, tetapi ia mempunyai potensi untuk berpanjangan dengan merebak kepada lebih ramai orang. Kanak-kanak kurang cenderung untuk mengalami sebarang gejala. Transmisi antara kanak-kanak dan orang dewasa Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, jangkitan selesema daripada kanak-kanak kepada orang dewasa adalah perkara biasa. Bagaimanapun, berdasarkan data awal ternyata ia adalah lebih biasa untuk orang dewasa yang terkena jangkitan Covid-19 seterusnya menjangkiti kanak-kanak. Kanak-kanak kurang cenderung untuk mengalami sebarang gejala. Kumpulan berisiko Mereka yang berada dalam kumpulan berisiko adalah pesakit jangkitan influenza yang serius, warga tua, dan mereka yang mengalami masalah penyakit serius dan immunosuppressive – daya ketahanan badan yang rendah. Orang yang demam, batuk dan kesukaran bernafas perlu mendapatkan perhatian perubatan. Untuk Covid-19, pemahaman kita adalah bahawa umur yang lebih tua dan faktor asas mengalami risiko lebih tinggi terhadap penyakit serius Lindungi diri Cara terbaik melindungi diri adalah sama seperti yang dilakukan terhadap mana-mana jangkitan pernafasan. Amalkan kebersihan diri yang baik dengan: membasuh tangan dengan rapi sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan sabun dan air, atau dengan bahan gosokan tangan beralkohol menutup hidung dan mulut dengan tisu atau lipatan siku apabila batuk dan bersin mengelakkan bertembung dekat dengan sesiapa yang ada simptom selesema atau serupa flu. Pastikan anda duduk di rumah jika tidak sihat. Sentiasa membasuh tangan dengan air sabun atau sanitizer. Jika anda mempunyai link epidemiologi dengan kes Covid-19 (sejarah contohnya perjalanan, acara dihadiri berkaitan dengan dikenali Covid-19 wabak, satu hubungan yang rapat kepada seseorang positif Covid-19, hubungan yang rapat dengan orang yang menunggu untuk Covid-19 (ujian keputusan) dan anda mengalami gejala anda perlu mendapatkan rawatan saringan luntuk diri sendiri.