suria

'Covid Toes' serang kanak-kanak, remaja kemungkinan simptom baharu Covid-19

Tanda radang angin yang berlaku di jari kanak-kanak antara simpton baharu yang dikenali sebagai 'Covid Toes'.

SEKUMPULAN doktor memberi amaran bahawa radang dingin atau frostbite kemungkinan tanda-tanda baharu jangkitan wabak pandemic Covid1-9.

Pakar-pakar dermatologi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sedang berbincang kemungkinan potensi baharu simpton penyakit yang membawa maut, lebih-lebih lagi jika ia dijangkiti kanak-kanak dan remaja.

Pada Mac lalu, beberapa pakar dematologi di Itali turut menemui kesan lebam di buku lali serta kaki dan berlaku perubahan warna di bahagian organ terhadap mereka yang dijangkiti Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau dijangkiti wabak berbahaya? Ketahui perbezaan demam biasa dan gejala Covid-19

Keadaan ini sama dengan luka akibat kesejukan yang merupakan tanda yang terdapat dalam kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan musim sejuk yang tebal seperti di kutub dan sub-kutub.

Ia menyebabkan saluran darah di jari kaki mengalami keradangan malah jari kaki juga cenderung mengalami kekejangan serius.

Sesetengah doktor menggelarnya sebagai ‘Covid Toes' kerana pakar dermatologi mendapati penyakit ini paling banyak berlaku di beberapa kawasan dengan jumlah tinggi pesakit Covid-19 di Itali.



Simpton baharu ditemui berkaitan dengan Covid-19.

Pesakit mengalami Covid Toes yang sama dilaporkan dari daerah dilanda wabak koronavirus baharu di AS, seperti Boston.

Doktor yang berhubung secara langsung dengan Akademi Dermatologi AS kini mengesyorkan ujian Covid-19 dilakukan ke atas kanak-kanak yang mengalami simptom sama.

Di Itali, kanak-kanak seperti itu tidak menunjukkan sebarang gejala Covid-19 dan situasi seperti ini menjadikan ia pandemik.

Susulan itu, agensi kesihatan di seluruh dunia telah bertegas dalam menangani pesakit Covid-19 tanpa gejala dan menetapkan cabaran utama adalah adalah mengenal pasti pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala.

Berikutan itu, negara-negara yang terlibat diminta untuk menyemak semula jumlah kematian serta sejarah kes.



Kehilangan bau atau rasa secara tiba-tiba antara simpton yang baharu ditemui.

Kehilangan bau atau rasa secara tiba-tiba atau mengalami mata merah dikenali sebagai gejala atipikal (manakala gejala biasa Covid-19 batuk kering, demam, sakit tekak, keletihan dan kesukaran bernafas).

Ini sebahagian besarnya kerana koronavirus novel masih merupakan musuh yang tidak diketahui oleh manusia.

Bahkan gejala biasa demam, batuk, sakit tekak dan letih sangat biasa boleh membawa kepada pelbagai penyakit.

Sementara itu, kemungkinan gejala yang pada masa ini tidak biasa untuk Covid-19 dapat berkembang menjadi petunjuk utama jangkitan koronavirus baharu dalam beberapa bulan dan tahun-tahun yang akan datang kerana, seperti yang ditegaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa virus akan terus berada di antara manusia untuk tempoh yang lama. -Indiatoday

Artikel Lain