SETIAP orang kalau tidur pasti ada gaya tersendiri - terlentang, mengiring ke kiri atau kanan dan meniarap bagi memastikan dapat tidur dengan nyenyak. Tapi bagi yang suka tidur meniarap, artikel ini untuk anda. Sebaik-baiknya cubalah mengubah tabiat itu kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan badan berasa sakit apabila bangun tidur tetapi ia juga pemicu kepada beberapa penyakit serius. Benar, tidur dalam posisi meniarap dalam membantu mencegah masalah apnea (kesukaran bernafas) dan berdengkur tetapi ia sebenarnya memberi lebih banyak risiko berbanding manfaat.ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca sejuk tapi tidur berpeluh... Ini 4 sebabnya Individu yang gemar tidur meniarap setiap malam lebih mudah mengalami sakit belakang. Sakitnya juga bukan tertumpu kepada bahagian pinggang, tetapi leher, punggung dan lenguh sendi. Sakit belakang adalah keadaan biasa yang berlaku pada mereka yang suka tidur dalam posisi meniarap. Perkara ini berlaku disebabkan posisi tidur yang salah kerana meniarap dalam tempoh yang lama dapat membuatkan tulang belakang kaku dan menegang. Sakit itu juga berlaku kerana berat badan manusia juga berpusat pada bahagian tengah tubuh iaitu tulang belakang dan ia dapat memberi tekanan kepada bahagian tambahan pula di situ juga terdapat banyak saraf dan menyebabkan rasa sakit dan lenguh ketika bangun tidur. Bagi wanita yang sedang hamil juga, tidur gaya ini juga sangat berbahaya kepada kandungan meskipun ia adalah posisi paling selesa. Ini kerana pertambahan berat pada perut dapat menekan tulang belakang dan menyebabkan kesakitan pada bahagian punggung. Tidak hanya si ibu, janin juga boleh terjejas akibat tekanan tersebut termasuk kecacatan pada janin. Sebenarnya tidur meniarap itu bukan tak boleh tetapi anda kena pastikan anda tiada sebarang penyakit berbahaya seperti masalah jantung atau asma. Memang tak mudah untuk mengubah sesuatu tabiat tetapi sekurang-kurangnya cubalah amalkan perkara ini; 1. Gunakan bantal nipis atau tidur tidak menggunakan bantal ketika tidur. Cara ini dapat membantu menjaga tulang belakang agar tidak menegang. 2. Letakkan bantal tambahan dibawah punggung. Fungsinya supaya tulang belakang tetap berada dalam keadaan lurus dan dapat mengurangi tekanan pada bahagian itu. 3. Lakukan regangan badan selepas bangun tidur selama lima minit. ia dapat membantu mengembalikan otot-otot tubuh yang menegang dan memberikan kesegaran. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!