suria

Imbasan MRI otak bukti hilang deria bau antara gejala utama jangkitan Covid-19

Pesakit wanita hilang deria bau pada awal jangkitan Covid-19.

IMBASAN otak yang dijalankan terhadap pesakit Covid-19 mendedahkan virus boleh mengubah organ dalaman manusia dan melumpuhkan deria bau.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Itali percaya bukti imej telah menunjukkan berlaku perubahan otak terhadap pesakit Covid-19.

Kehilangan bau adalah yang paling kerap berlaku ke atas segelintir gejala neurologi yang dipercayai oleh doktor disebabkan oleh koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 11 hari dijangkiti, pesakit Covid-19 dikesan berhenti sebarkan virus - Kajian

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa sehingga 65 peratus orang yang dijangkiti kehilangan deria bau.

Tetapi kajian terbaharu ini adalah yang pertama menunjukkan melalui pengimejan perubatan bahawa gejala aneh itu bukan hanya menyebarkan virus melalui saluran udara dalam badan, tetapi bukti serangan kepada otak.

Bagi pemandangan biasa, ianya mungkin terlalu halus untuk dilihat, sebaliknya ia jelas kelihatan buat pakar perubatan dari Institut Klinikal IRCCS dan Humanitas University di Milan, Itali serta Boston's Children di Amerika Syarikat.



Imbasan MRI yang dilakukan terhadap seorang wanita mendapati sel deria bau sudah dijangkiti virus Covid-19.

Kajian dilakukan ke atas seorang pekerja radiografi berusia 25 tahun.

Sebelum ini wanita itu berada dalam keadaan sihat, sehingga dia mulai bekerja di wad hospital untuk merawat pesakit koronavirus.

Pekerja kesihatan itu mengalami batuk kering, namun gejala itu hilang pada keesokan harinya.

Malangnya, dalam tempoh itu dia kehilangan deria bau dan tidak dapat rasa apa yang dimakan atau minum.

Pemeriksaan hidung dan dadanya kelihatan normal namun selepas tiga hari deria baunya hilang dan pihak doktor melakukan imbasan MRI ke atas wanita itu.

Mereka menemui perubahan pada otaknya dalam dua kawasan yang disebut gyrus rektus kanan dan bahagian saraf bau.

Saraf bau bertindak sebagai pengumpul maklumat dari hidung dan menyebarkannya ke kawasan lain, termasuk rektus gyrus, untuk diproses.

Cara perubahan ini muncul dalam MRI adalah konsisten dengan jenis gambar yang akan dilihat oleh doktor dari serangan virus pada organ, sehingga mereka menguji wanita tersebut untuk koronavirus dan ujiannya adalah positif.

"Berdasarkan keputusan MRI, termasuk sedikit perubahan pada saraf bau, kita dapat membuat spekulasi bahawa SARS-CoV-2 mungkin menyerang otak melalui saraf bau ini dan menyebabkan ianya tidak berfungsi," tulis pengkaji.

Lebih mengukuhkan kajian itu, apabila wanita tersebut mengalami tanda-tanda jangkitan selepas itu seperti demam, keletihan atau batuk berterusan.

Doktor menegaskan bahawa kehilangan bau bukan sahaja merupakan gejala sampingan sebaliknya adalah tanda awal dijangkiti virus. - Dailymail.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hilang deria, bau, simpton, MRI, Covid-19

Artikel Lain