suria

Jangan ambil mudah penggunaan tuala mandi... paling utama elak berkongsi!

Tuala mandi perlu dijemur selepas menggunakannya.

SEJAK kecil kita diajar supaya menyidai tuala selepas mandi bagi mengelak bau hapak.

Ada juga ibu-ibu yang 'menjerit' dari luar bilik selepas melihat tuala yang digunakan si anaknya ada di atas katil atau disangkut ditombol pintu bilik.

Mungkin bagi anak-anak kecil, malahan ada juga segelintir orang dewasa yang tidak mengambil peduli untuk menjemur tuala selepas digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ubat tinggi... Renang, lompat tali antara 5 cara tambah ketinggian anak anda

Sebenarnya, penjagaan tuala amat penting kerana bakteria boleh berada di tuala anda sekiranya tidak menjemur di tempat yang mempunyai pengudaraan baik selepas menggunakannya.

Ada juga yang menggunakan tuala mandi itu sehingga berminggu-minggu tanpa mengganti atau mencucinya.



Tuala mandi perlu dijaga dengan baik bagi mengelakkan kotoran dan jangkitan bakteria.

Beberapa tip penting penjagaan tuala harian anda:

1. Basuh tuala anda sekurang-kurangnya selepas tiga hari menggunakannya.

2. Jemur tuala ditempat yang mempunyai cahaya matahari atau pengudaraan yang baik.

3.Seeloknya, membasuh tuala dengan menggunakan air panas 60 darjah celcius bagi membunuh semua mikro organisma atau bakteria yang melekat.



Tukar atau basuh tuala mandi anda sekurang-kurangnya tiga hari selepas menggunakannya.

4.Untuk hilangkan bau hapak, anda boleh menggunakan cuka putih ketika membasuhnya.

5. Elak berkongsi tuala dengan orang lain. Anda tidak tahu apa yang ada di kulit orang lain.

6.Seeloknya, cuci tuala berasingan dengan pakaian harian anda yang lain.

7. Bagi melembutkan tuala yang baharu dibeli, anda boleh merendamnya dengan menggunakan satu cawan soda bikarbonat pada bilasan terakhir. Malah langkah ini juga boleh digunakan kepada tuala kusam anda itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jaga tuala, bakteria, hapak

Artikel Lain