suria

Ais krim memang sedap, tapi betul ke boleh tukar 'mood' sedih kepada gembira?

Ais krim memang boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa gembira.

DALAM adegan filem kita mungkin pernah menonton adegan di mana pelakon yang sedang bersedih kerana ditinggalkan kekasih menghiburkan diri dengan makan ais krim bagi membuatkannya berasa lebih gembira.

Kajian yang dibuat terhadap 2,000 orang di United Kingdom mendapati, mereka akan mencari 'comfort food' sekurang-kurangnya sembilan kali dalam sebulan - dan ais krim paling popular!

ARTIKEL BERKAITAN: Masak sayur tanpa minyak antara 8 tip mudah kawal pemakanan harian elak kolesterol tinggi

Selain enak, ais krim memang diakui boleh membuatkan seseorang berasa lebih gembira malah melihatnya sahaja sudah membuatkan seseorang tersenyum.



Kajian mendapati ais krim mampu meningkatkan mood positif dalam diri kita.

Salah satu kajian turut menunjukkan ais krim dapat memberi pengaruh positif pada otak kita terutamanya pada bahagian orbitofrontal cortex (OFC) yang berfungsi dalam memproses emosi dan keputusan yang kita buat.

Ketika ais krim dimasukkan ke mulut, terdapat tindak balas emosi positif yang dihasilkan oleh OFC. Kandungan gula dan lemak dalam ais krim ternyata akan mengaktifkan titik penghargaan pada otak sehingga kita berasa lebih bahagia.

Maka tidak hairan minggu ketiga dalam bulan Julai diraikan sebagai Hari Ais Krim Sedunia. Perayaan ini diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagen pada 1984.



Pelbagai perisa ais krim yang menjadi kegemaran ramai.

Tapi dalam keseronokan dan keenakan menikmati ais krim, kita harus ingat bahawa kandungan kalori dalam ais krim sangat tinggi kerana mengandungi karbohidrat dan gula.

Jadi sebaik-baiknya, nikmati ais krim anda secara berpada-pada dan semak terlebih dahulu label nutrisi sebelum menikmatinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ais Krim, Gembira, Sedih, Kalori

Artikel Lain