suria

Betul ke guna air fryer makanan jadi lebih sihat? Ini penjelasannya...

Ramai mula memilih menggunakan air fryer kerana makanan yang dimasak lebih sihat.

SEJAK pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, semakin ramai daripada kita yang mula mengamalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan daya tubuh termasuk pengambilan makanan sihat.

Selain memilih bahan makanan yang tepat, cara masakan turut dititikberatkan bagi memastikan dapat mengamalkan diet sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Masak sayur tanpa minyak antara 8 tip mudah kawal pemakanan harian elak kolesterol tinggi

Maka tak hairanlah, alat penggoreng tanpa minyak atau air fryer menjadi 'bintang' di dapur kerana ia dikatakan dapat membantu memasak hidangan tanpa menggunakan minyak.



Menggoreng menggunakan air fryer tidak perlu menggunakan minyak.

Menurut Men's Health, titik penjualan air fryer adalah tidak menggunakan minyak untuk menggoreng agar makanan jadi lebih sihat. Tapi bagaimana sebenarnya cara alat ini bekerja?

Umumnya, air fryer mengedarkan udara panas selama proses memasak seperti mana ketuhar gelombang mikro. Secara dasarnya, ia tidak menggoreng tetapi memanggang makanan.

Namun sihat atau sebaliknya sesuatu makanan itu bukan hanya sekadar cara memasak tetapi bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, jika menggoreng sosej atau nuget, ia tetap tidak sihat meskipun ia digoreng tanpa minyak.



Goreng menggunakan air fryer dapat mengurangkan 80 peratus kalori.

Sebaik-baiknya, untuk mendapatkan nutrisi yang maksimum, masak makanan yang mempunyai khasiat tinggi seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam.

Kajian juga mendapati, pengambilan makanan yang digoreng menggunakan air fryer dapat membantu mengurangkan 80 peratus pengambilan kalori.

Malah ia juga memasak makanan lebih cepat berbanding ketuhar gelombang mikro atau oven, yang mana memberi tambah nilai pada anda yang ingin menyiapkan juadah dalam tempoh singkat.

Bagi yang menyukai makanan bergoreng, menggunakan air fryer dapat menjadi jawapan kepada anda yang ingin menjalani kehidupan sihat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
air fryer, menu, masakan, dapur, goreng

Artikel Lain