suria

Guna minyak masak berulang kali penyebab batuk, sakit tekak

Ada segelintir orang tetap menggunakan minyak goreng walaupun sudah berwarna hitam.

MENURUT statistik, setiap isi rumah di Malaysia menggunakan secara purata dua kilogram minyak masak sebulan.

Manakala sehingga 45 peratus sisi minyak masak yang terhasil dibuang terus ke sinki atau tong sampah dan sikap ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Perasan tak ruang sejuk beku tiada lampu? Alasannya mungkin bikin anda terkejut

Malah ada juga yang menggunakan minyak masak berulang kali dengan alasan untuk berjimat. Ibaratnya, selagi belum berubah warna menjadi cokelat, ia akan terus digunakan.

Sebenarnya, tindakan menggunakan minyak sama berulang kali adalah bahaya kerana ia dapat memicu penularan radikal bebas dan menyebabkan pelbagai penyakit dalam tempoh jangka panjang.



Minyak goreng yang sudah lama boleh membahayakan kesihatan.

Minyak goreng tidak sepatutnya digunakan lebih daripada tiga kali.

Ini kerana dalam minyak masak yang telah digunakan, terdapat asid lemak yang tidak boleh teroksida menerusi proses pembakaran dalam suhu tinggi.

Susunan rantai asid lemak yang teroksida itu, boleh pecah dan membentuk radikal bebas. Jika ia berlaku berulang kali, radikal itu akan pula membentuk polimer yang bersifat karsinogenik atau penyebab kanser.

Manakala bahaya lain penggunaan minyak terpakai ini adalah menyebabkan batuk dan sakit keronkong, meningkatkan kolestrol hingga boleh menyebabkan saluran pembuluh darah tersumbat. Ini boleh mengakibatkan serangan jantung.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain