suria

Betul ke botol hand sanitizer boleh meletup kalau ditinggal dalam kereta?

Setiap daripada kita pasti akan menyimpan sebotol hand sanitizer di dalam kereta.

SEJAK penularan Covid-19, setiap daripada kita memang langsung tak berenggang dengan pelitup muka dan hand sanitizer bagi memastikan diri terlindung daripada wabak itu ketika berada di tempat awam.

Malah kita pasti akan membeli beberapa botol hand sanitizer untuk diletakkan sama ada di dalam beg, rumah, bilik tidur, pejabat termasuklah di dalam kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas bahaya metanol dalam hand sanitizer... punca keracunan dan kematian!

Ia bagi memudahkan kita menggunakannya apabila diperlukan.

Bagaimanapun, adakah selamat meninggalkan pencuci tangan itu di dalam kereta? Apatah lagi apabila kereta diparkir di kawasan panas?



Hand sanitizer tidak berbahaya disimpan di dalam kereta tetapi boleh membuatkan ia kurang efektif.

Secara umumnya, ia selamat malah cecair hand sanitizer tidak akan meletup meskipun mengandungi alkohol sehingga 80 peratus di dalamnya.

Pun begitu, tindakan membiarkan ia terkena sinaran matahari akan membuatkannya kurang efektif.

Ia disebabkan suhu panas boleh membuatkan alkohol dalam produk hand sanitizer meruap dan kesannya menjadikan kandungan alkohol berkurangan.

Ia sekaligus membuatkan ia menjadi kurang efektif dalam membunuh kuman pada tangan seperti mana sepatutnya.

Jadi sebaik-baiknya, elakkan meninggalkan pencuci tangan itu di dalam kereta dan gunakan air dan sabun untuk mencuci tangan secara kerap.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Lain