suria

5 bukti single lebih bahagia... setuju?

Kehidupan single bukanlah menyedihkan tetapi terdapat juga pelbagai manfaat.

SIAPA cakap kehidupan solo itu menyedihkan? Apakah pula bukti bahawa mempunyai pasangan hidup akan menjadi lebih bahagia?

Tapi siapa yang tidak mahu mempunyai pasangan hidup, kan? Cumanya, jodoh belum berpihak dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian jejaka single... Ketahui 6 tip menambat hati si dia

Sementara menunggu si belahan jiwa hadir dalam hidup kita, sebenarnya terdapat beberapa perkara membuatkan kehidupan single ini cukup menyenangkan!

1. Berdikari

Apabila masih bujang, semua perkara harus kita selesaikan sendiri termasuklah melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan, menggosok baju, mengemas rumah dan sebagainya.

Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan pada orang yang masih bujang terutamanya kaum lelaki agar lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

"Kerana kita masih solo, kita sendirilah yang akan menangani setiap perkara yang datang dalam kehidupan kita termasuklah berkaitan kewangan, perbelanjaan, aktiviti harian serta masalah yang datang," kata Sara Eckel yang juga penulis buku berjudul It's Not You: 27 (Wrong) Reasons You're Single.

2. Mudah bersosial

Merujuk kepada sebuah kajian yang dilakukan pada 2006 mendapati, wanita yang masih solo ternyata lebih mudah mengadaptasi dengan persekitaran kehidupan solo.

Malah mereka juga tidak kekok untuk bersosial bagi meramaikan kenalan dan ia tidak semestinya bagi mencari jodoh.

Seperti ditulis oleh Eric Klinenberg, penulis buku Going Solo: The Extraordinary Rise and Surprising Appeal of Living Alone memberitahu individu yang hidup bersendirian memiliki gaya hidup lebih ramah.

3. Tidur lebih nyenyak

Menurut kajian yang dilakukan oleh Better Sleep Council mendapati pasangan berkahwin seringkali mengalami masalah kurang tidur berbanding yang masih solo.

Ini kerana, tidur sang solo tidak akan ternganggu dengan suara atau gerakan tubuh pasangan atau terpaksa berjaga untuk menyusukan anak di tengah malam.

4. Lebih gemar bersukan

Sebuah kajian yang dilakukan mendapati, wanita yang belum berkahwin lebih banyak menghabiskan waktu dengan bersukan berbanding mereka yang sudah berkahwin.

Alasannya, golongan ini mempunyai lebih banyak waktu untuk diri sendiri berbanding wanita yang telah pun berkahwin dan sibuk dengan urusan rumah tangga.

5. Lebih produktif cari kerja

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti Chicago pada 2012 pula, golongan solo lebih produktif mencari pekerjaan berbanding mereka yang sudah berkahwin.

Sebagai contoh, enam juta individu solo di Amerika Syarikat hilang pekerjaan pada 2009 akibat krisis kewangan, namun 90 peratus daripadanya berjaya mendapatkan pekerjaan baharu.

Berbeza dengan individu yang sudah berkahwin, hanya 22 peratus mendapat pekerjaan semula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Solo, Single, Berdikari, Hubungan

Artikel Lain