suria

Najis busuk lain macam sampai rasa mual? Ketahui puncanya dan cara kurangkan sengsara ketika buang air besar

Najis berbau adalah perkara biasa tetapi jika baunya luar biasa anda mungkin mempunyai masalah lain.

NAJIS yang dikeluarkan ketika membuang air besar berasal daripada sisa makanan yang tidak tercerna, bakteria serta anasir lain yang tidak diserap oleh tubuh.

Menjadi perkara biasa najis kita berbau busuk, tetapi yang menjadi masalah apabila ia busuknya luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas suka tahan kencing... 4 masalah ini menanti anda!

Pakar Gastroenterologi, Dr Sameer Islam menerusi video di saluran YouTubenya menjelaskan mengapa najis kita berbau busuk terutamanya jika kita mengalami cirit-birit.

Kata Dr Sameer, kebiasaannya bau najis tidak akan membuatkan kita rasa mual atau jijik tetapi jika baunya busuk 'lain macam' ia petanda ada sesuatu telah berlaku.



Pemakanan boleh menyebabkan najis berbau busuk.

Katanya, punca utama adalah faktor pemakanan yang mampu mempengaruhi bau najis. Makanan seperti telur, bawang putih, kacang pea dan susu yang sukar dicerna boleh mengeluarkan gas dan membuatkan najis kita berbau busuk.

Faktor lain adalah kehadiran bakteria jahat pada usus, jangkitan virus atau clostridioides difficile (bakteria yang menyebabkan cirit-birit).

Penyakit celiac (gangguan sistem imunisasi tubuh), kolitis ulserativa (peradangan usus besar) dan penyakit crohn (radang usus kronok yang mempengaruhi sistem imunisasi tubuh) juga membuatkan tubuh tidak dapat menyerap nutrisi di dalam makanan.

Nutrisi daripada makanan yang kita makan akan masuk ke dalam saluran pencernaan, berinteraksi dengan bakteria pada usus besar dan mengakibatkan najis kita berbau busuk.



Tekanan juga boleh menyebabkan najis berbau busuk.

Jika anda mendapati tidak mempunyai sebarang masalah yang dibincangkan di atas namun najis tetap berbau busuk, maka cuba teliti ubat-ubatan atau suplemen yang dimakan setiap hari.

Selain itu, tekanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan dan najis lebih berbau busuk.

Sementara itu, Dr Sameer memberitahu, mengubah diet boleh mengurangkan bau najis selain mejauhi makanan segera.

"Tidak ada yang baik tentang makanan segera. Ia tidak baik untuk usus kerana sebahagian besar daripadanya diperbuat daripada bahan yang tidak mudah dihadam," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain