UMUM mengetahui pemakanan sihat sangat penting bagi memastikan kualiti kesihatan manusia sentiasa berada dalam keadaan baik selain mengelak penyakit seperti jantung, diabetes, ketidakseimbangan hormon, kanser dan sebagainya. Bagaimanapun ia tidak hanya mempengaruhi kesihatan tetapi pemakanan juga cukup penting untuk 'kejantanan' kaum lelaki!ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan 'Mr. P' bukan sahaja tentang prestasi seksual tapi ada perkara lain perlu diberi perhatian! Apa makanan yang boleh menjaga kesihatan seksual lelaki? 1. Bayam Bayam merupakan sumber folat paling baik. Folat berfungsi sebagai melancarkan aliran darah. Bagi lelaki, bayam tidak cuma menyihatkan tubuh tetapi mampu meningkatkan kadar testosteron. Asid folat memainkan peranan penting dalam fungsi seksual lelaki dan kekurangan asid folat dikaitkan dengan disfungsi ereksi zakar. Bayam yang dimasak mengandungi 66 peratus daripada keperluan asid folat harian. Selain itu, bayam mengandungi banyak magnesium yang membantu meningkatkan dan merangsang aliran darah. Ia terbukti dapat meningkatkan kadar testosteron dan kelakian lelaki. Sumber asid folat yang baik dapat membantu mencegah disfungsi ereksi. 2. Kopi Kopi adalah minuman yang mampu memberi pengaruh seksualiti dan kejantanan lelaki. Penelitian mendapati minum dua hingga tiga cawan kopi sehari dapat mencegah disfungsi ereksi. Kajian juga mengungkapkan bahawa kafein dalam kopi juga akan meningkatkan aliran darah dengan mengendurkan arteri dan otot zakar yang membuatkan ereksi lebih baik. 3. Aprikot Tahukah anda bahawa suku kaum Aztec di Mexico menamakan pokok aprikot sebagai pokok testis? Tentu semuanya ada sebab. Aprikot kaya sumber lemak sihat, kalium dan vitamin yang meningkatkan kesihatan dan kesuburan seksual lelaki. 4. Cili Kajian mendapati lelaki yang gemar makan makanan pedas memiliki kadar testosteron yang lebih tinggi. Selain itu, capsaicin dapat memicu pelepasan endorfin iaitu hormon gembira. Meskipun cili menjadi makanan baik untuk kelakian lelaki, hati-hati kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit terutamanya bagi yang tidak tahan pedas. 5. Lobak merah Jika anda ingin meningkatkan jumlah sperma, kajian menyarankan untuk makan lobak merah. Makanan super kesuburan ini dapat meningkatkan jumlah dan motilitasi sperma (pergerakan sperma). Penelitian menunjukkan kehadiran karotenoid pada lobak merah yang membantu peningkatan kesuburan lelaki selain bertanggungjawab memberi warna jingga pada sayuran itu. 6. Oat Siapa sangka oat mampu mempengaruhi orgasme berikutan kandungan asid amino L-arginin yang terbukti dapat mengubati disfungsi eraksi zakar lelaki. Seperti viagra, L-arginine membantu pembuluh darah zakar berada dalam keadaan tenang serta mempertahankan eraksi dan mencapai orgasme. 7. Tomato Penelitian menunjukkan makanan yang kaya likopen seperti tomato dapat membantu mencegah kanser prostat. Selain itu, tomato juga menjadi makanan yang baik untuk kejantanan lelaki. Tomato juga bermanfaat bagi kelakian lelaki termasuk menjaga kualiti sperma. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!