suria

Jika bekerja dalam 6 bidang ini, anda berisiko tinggi terkena kanser

Pekerja Kontrak

PEMILIHAN jenis pekerjaan ternyata boleh mempengaruhi kesihatan manusia malah laporan dikeluarkan American Cancer Society, beberapa kerja mampu meningkatkan risiko kanser.

Ini termasuklah ada sektor yang membuatkan pekerja terdedah kepada pelbagai jenis radiasi, sinaran matahari atau ritme sirkadian yang menjadi beberapa punca kepada kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! 58 peratus sanggup menderita migrain sejak muda, percaya sakit kepala akan lenyap tanpa rawatan

Tapi apakah pekerjaan yang terdedah kepada risiko kanser?

1. Pekerja kontrak/tapak pembinaan

Salah satu jenis kanser yang cukup popular dalam kalangan pekerja kontrak/tapak pembinaan adalah kanser kulit. Ini kerana kebanyakan daripada mereka terdedah kepada sinaran matahari dalam jangka waktu panjang yang mampu merosakkan kulit.

Selain kulit, mereka juga terdedah kepada kanser paru-paru ekorang sering menghirup udara yang mengandungi asbestos.

2. Pekerja kilang fabrik

Pekerja kilang fabrik berisiko terkena kanser perut, paru-paru dan pundi kencing kerana terdedah kepada bahan kimia, debu dan sebagainya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Centre for Disease Control and Prevention, orang yang bekerja dalam industri ini juga berisiko mendapat leukemia dan kanser limfoma disebabkan oleh penyerapan karsinogen melalui kulit.

3. Petani

Menurut kajian yang meneliti kesan pertanian dan risiko perkembangan kanser pada wanita mendapati, pekerjaan di ladang agrikultur memiliki risiko kanser 35 peratus lebih tinggi.

Selain itu, pekerja ladang terdedah kepada kanser paru-paru, limfoma dan leukimia kerana paparan bahan kimia.

4. Penggaya rambut

National Cancer Institute melaporkan individu yang bekerja dalam industri pengayaan rambut lebih banyak terdedah kepada bahan kimia daripada pewarna rambut.

Kesan jangka panjang ia boleh menyebabkan kanser pundi kencing, paru-paru dan tekak.

5. Kru penerbangan

Paparan sinar ultraviolet dan radiasi kosmik berlebihan mampu menjadi penyebab kanser pada individu yang bekerja pada ketinggian seperti kru penerbangan.

Jenis kanser yang paling umum adalah kanser kulit yang berkembang sebagai mutasi sel pembawa pigmen kulit.

6. Pekerja shif

Orang yang bekerja shif malam memiliki risiko pengembangan kanser kerana gangguan disebabkan oleh ritma sirkadian. Ketika bekerja pada waktu malam, kitaran tidur dan fungsi normal tubuh kita akan terganggu.

Keadaan ini akan meningkatkan risiko kanser payudara pada golongan wanita manakala kanser paru-paru bagi lelaki.

Tidak cukup dengan itu, bekerja pada waktu malam turut meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah pembuluh darah tersumbat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain