SETIAP kali mengalami masalah sembelit atau sakit perut, pasti akan ada menasihatkan agar makan buah betik bagi memudahkan proses membuang air besar. Tapi betul ke betik dapat membantu? Atau ada kajian yang membuktikan kepada dakwaan tersebut? Sebenarnya ada benarnya kaedah itu.ARTIKEL BERKAITAN: Beras perang memang bagus untuk pesakit diabetes tetapi awas boleh jadi bahaya jika... Sebuah kajian yang diterbitkan menerusi Neuro Endocrinol Letter pada 2013 menjelaskan individu yang makan betik selama 40 hari kurang risiko mengalami masalah sembelit atau perut kembung. Jus betik adalah cara terbaik untuk menerima manfaat buah itu. Kandungan enzim papain di dalam betik (terutamanya yang masih muda) akan membuatkan protein lebih mudah dihadam sekaligus melancarkan proses membuang air besar. Selain itu, betik juga merupakan sumber tidak larut yang sangat baik untuk manusia bagi membantu mengikis kotoran yang membentuk pada usus besar bergerak lebih cepat. Salah satu cara terbaik menikmati betik dan mendapatkan khasiatnya adalah dengan menjadikannya sebagai jus. Jus mengandungi lebih banyak air berbanding makan buahnya begitu sahaja. Betik juga bagus kerana mempunyai serat yang tinggi. Ia juga dapat melegakan sembelit dan membentuk papain yang lebih pekat. Apabila betik diproses menjadi jus, ia akan membuatkan kandungan serat tidak larut di dalamnya diserap lebih baik badan manusia. Jus betik juga dapat membantu mengurangkan masalah cirit-birit, meredakan kesakitan perut, menurunkan kadar kolestrol, mencegah pembentukan batu karang, merendahkan risiko kanser usus dan meningkatkan sistem imunisasi manusia. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!