suria

Masalah psikologi, sesak nafas... itulah kesan jangka panjang Covid-19!

Bekas pesakit masih boleh mengalami pelbagai gejala dalam tempoh jangka panjang.

KESAN virus Covid-19 pada tubuh manusia dikatakan mampu bertahan dalam tempoh jangka panjang meskipun telah bebas daripada wabak itu.

Meskipun virus itu menyerang sistem pernafasan namun ia boleh menyebabkan kerosakan organ yang meningkatkan risiko gangguan kesihatan dalam tempoh jangka panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ingat diri kebal! Kajian dapati golongan muda lebih banyak dijangkiti Covid-19

Berikut beberapa kesan virus Covid-19 pada tubuh dalam tempoh jangka panjang.

1. Kerosakan organ

Ada beberapa organ yang akan mendapat kesan berpanjangan disebabkan Covid-19 termasuk jantung. Kajian yang dilakukan beberapa bulan selepas pesakit pulih menunjukkan berlaku kerosakan kekal pada otot jantung. Keadaan ini dapat meningkatkan risiko kegagalan jantung pada masa akan datang.

Malahan, paru-paru juga boleh terkesan akibat virus itu. Alveoli pada paru-paru (kantung udara kecil) dapat menyebabkan masalah pernafasan jangka panjang.

Otak juga boleh terkesan dan dapat menyebabkan angin ahmar, kekejangan dan sindrom Guillain-Barre iaitu kelumpuhan sementara. Ia juga dikatakan dapat meningkatkan risiko penyakit parkinson dan alzheimer.

2. Masalah pembuluh darah

Covid-19 dapat membuatkan sel darah bergumpal dan ia akan menghalang pembuluh darah kecil pada otot jantung. Selain itu, ia juga dapat melemahkan pembuluh darah sehingga merisikokan fungsi hati dan ginjal.

3. Masalah psikologi

Pesakit Covid-19 yang parah perlu menjalani rawatan intensif dengan bantuan ventilator. Perkara ini boleh menyebabkan trauma dan masalah psikologi.

Penelitian yang dilakukan Universiti Leeds juga menemui ada bekas pesakit yang mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).

Selain itu, beberapa masalah lain turut dikesan seperti insomnia, kemurungan bahkan gangguan obsesif-kompulsif. Kaum wanita lebih mudah mengalami tekanan psikologi berbanding lelaki.

4. Sesak nafas

Ramai bekas pesakit yang terus mengalami masalah sesak nafas. Ia juga berlaku disebabkan keadaan psikologi yang berasa trauma dengan rawatan Covid-19.

Penelitian juga menemui bahawa hampir 60 peratus pesakit mengakui mengalami sesak nafas meskipun selepas disahkan pulih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain