suria

Bukan air putih je, penghidap diabetes boleh minum 4 minuman ini!

Air putih adalah paling baik kerana ia tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah.

PENGHIDAP diabetes perlu berhati-hati terhadap pemilihan makanan dan minuman terutamanya yang mempunyai kandungan gula tinggi.

Bukan sahaja gula tetapi karbohidrat juga boleh memberi kesan besar kepada kenaikan gula dalam darah pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas ya! Tiga bahan dalam suplemen boleh jadi punca masalah buah pinggang

Memilih minuman yang tepat juga penting kerana ia dapat membantu pesakit menghindari kesan sampingan serta menjaga berat badan yang ideal.

Ada beberapa jenis minuman yang masih boleh diminum pesakit diabetes dan dapat memberi manfaat termasuklah;

1. Air putih

Bagi memberikan air yang cukup dalam badan, air putih adalah pilihan terbaik kerana ia tidak akan menaikkan kadar gula dalam darah pesakit.

Selain itu, air putih juga membantu menghilangkan lebihan glukosa melalui air kencing.

2. Teh

Kajian mendapati bahawa teh hijau dapat memberi kesan positif pada kesihatan secara umumnya. Jenis teh ini juga membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan kadar kolestrol.

Kajian juga mendapati, minum enam gelas teh setiap hari dapat menurunkan risiko diabetes jenis 2. Bagaimanapun, elak menambah gula dalam teh terutamanya bagi pesakit diabetes.

3. Kopi

Kajian pada 2012 membuktikan kopi dapat menurunkan risiko diabetes jenis 2 dan ia boleh diminum oleh pesakit, namun dengan syarat tidak menambah gula, susu atau krim kerana ia boleh menyebabkan kenaikan gula dalam darah.

Sebagai alternatif jika tidak tahan pahit, boleh guna pemanis rendah kalori.

4. Jus sayuran

Jus sayuran lebih bermanfaat buat pesakit diabetes berbanding jus buah. Ini kerana, sebahagian besar jus buah biasanya mengandungi gula yang tinggi.

Sebagai alternatif tomato, saderi atau timun boleh dijadikan jus malah rasanya cukup enak.

5. Susu rendah lemak

Susu mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Itu sebabnya, penting minum susu setiap hari. Bagi penderita diabetes, sebaik-baiknya pilih susu rendah lemak yang tidak mengandungi gula tambahan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Diabetes, Susu, Jus Sayuran, Kopi, Teh Hijau

Artikel Lain