suria

Banyak bahaya menanti, sudah tiba masa kamu hentikan tabiat makan gelojoh

Tabiat makan secara gelojoh boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

PADA waktu makan tengah hari, senario pelanggan di restoran makan dengan cepat atau gelojoh adalah pemandangan biasa kerana kebanyakannya memang lapar dan mengejar masa.

Sebahagian daripada kita juga mungkin mempunyai tabiat makan gelojoh tetapi tahukah anda ia mampu mengundang risiko pelbagai penyakit tanpa disedari?

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba minum 4 gelas air putih sebaik bangun tidur, rasai 5 manfaat pada tubuh anda

Satu penyelidikan yang diterbitkan menerusi Scientific Session American Heart Association pada 2017 melaporkan bahawa makan secara gelojoh dapat menambahkan berat badan serta pemicu penyakit berkaitan jantung.



Tabiat makan gelojoh perlu diubah agar tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Kajian itu juga mendapati, orang yang makan lebih lambat cenderung tidak mengalami masalah obesiti serta tidak mengembangkan sindrom metabolik atau kombinasi gangguan risiko penyakit jantung, diabetes dan angin ahmar.

Gangguan tersebut antara lain adalah tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi ketika berpuasa serta kadar kolestrol HDL (kolestrol baik) yang rendah.

"Makan secara perlahan-lahan merupakan perubahan gaya hidup yang penting untuk membantu mencegah sindrom metabolik," kata pakar kardiovaskular Universiti Hiroshima Jepun, Dr Takayuki Yamaji.

Takayuki menambah, orang yang makan secara gelojoh lebih cenderung tidak berasa kenyang sehingga mendorong mereka makan secara berlebihan.



Kita disarankan untuk makan secara perlahan serta memilih makanan yang lebih sihat seperti buah dan sayuran.

Ia juga boleh menyebabkan fluktuasi glukosa yang lebih besar dan menyebabkan insulin perlu bekerja lebih keras.

Sementara itu, American Heart Association turut menganjurkan untuk makan lebih banyak makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran selain kerap bersenam sebagai cara mengurangkan risiko sindorm metabolik.

"Selain faktor jangan makan secara gelojoh, cukup penting untuk kita mengawal pemakanan dan memilih menu sihat agar dapat mengurangkan risiko kepada dua kali ganda," kata Dr Jeremy Pearson yang juga seorang pakar jantung.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain