suria

Susu kunyit, kefir antara minuman dapat tajamkan minda... kopi juga

Kefir adalah susu fermantasi yang cukup baik untuk meningkatkan fungsi otak serta mendorong pertumbuhan bakteria sihat pada usus.

RAMAI daripada kita melakukan pelbagai cara untuk kekal fokus dan aktif terutamanya ketika berada di pejabat bagi menyelesaikan pelbagai tugasan.

Selain daripada kopi yang menjadi kegemaran pelbagai orang, sebenarnya terdapat pelbagai minuman lain yang boleh membuatkan mata anda segar dan bertenaga sepanjang hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Rendah kalori, tinggi kalsium... inilah antara 5 sebab susu badam baik untuk tubuh

1. Teh Hijau

Kandungan kafein pada teh hijau lebih rendah berbanding kopi tetapi minuman ini mempunyai nootropik seperti L-theanine dan epigallocatechin gallate (EGCG).

Kajian menunjukkan L-theanine dapat memicu ketenangan dan kombinasi dengan kafein dapat meningkatkan kesedaran seseorang serta fokus, perhatian dan memori seseorang.

2. Jus Oren

Ramai yang berasa pelik apabila minum jus oren pada waktu pagi tetapi ia sebenarnya kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan tumpuan, memori dan kemampuan berkomunikasi dengan lebih baik.

Bagaimanapun jus oren tinggi kalori. Gula tambahan yang dicampur di dalamnya boleh memicu penyakit seperti diabetes, masalah jantung malah obesiti.

Sebaik-baiknya, buat sendiri jus oren anda agar lebih sihat.

3. Jus Beri Biru

Beri biru kaya dengan polifenol yang dapat tingkatkan fungsi otak melalui kandungan antioksidannya iaitu antosianin.

Beberapa kajian mendapati jus beri biru dapat meningkatkan memori jangka pendek dan jangka panjang.

4. Susu kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang dapat meningkatkan penghasilan neurotropik daripada otak yang mampu mencegah gangguan mental dan neurologi.

Susu kunyit cukup baik meningkatkan fungsi dan kecerdasan otak.

5. Kefir (Susu Fermantasi)

Kefir adalah minuman fermentasi yang mengandungi probiotik yang diperbuat daripada susu. Kefir diketahui dapat membantu fungsi otak dengan mendorong pertumbuhan bakteria sihat pada usus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
minuman, kesihatan, otak, kerja, kefir, jus, oren, teh hijau

Artikel Lain