SISTEM pencernaan yang sihat dapat meningkatkan imunisasi tubuh manusia. Tapi adakalanya, ada sahaja masalah pencernaan yang datang menjengah. Sebut sahaja perut kembung, sembelit, cirit-birit, muntah dan gastrik, ia boleh membuatkan tubuh berasa tidak selesa bahkan menghilangkan selera makan.ARTIKEL BERKAITAN: Petua roti jagung boleh tambah susu badan rupa-rupanya mitos, tetapi tidak salah dimakan! Bagaimanapun, ada makanan yang perlu dihindari ketika kita mengalami masalah pencernaan. 1. Makanan mentah Pakar kesihatan Dr. Michael Roizen menjelaskan makanan mentah atau tidak dicuci dengan bersih biasanya mengandungi bakteria yang mampu menyebabkan masalah pencernaan menjadi lebih parah. Ini termasuk keracunan makanan dan kekejangan. Sebaik-baiknya kata Dr. Michael, makan lebih banyak makanan berasaskan bijirin dan sayuran yang sudah dimasak untuk meningatkan pengambilan serat yang mampu melegakan sakit berkaitan perut. 2. Makanan pedas Ketika sedang sakit perut, jauhi makanan panas dan pedas kerana ia boleh menyebabkan perut berasa memulas. Ada baiknya jika tambahnkan halia dalam makanan. Walaupun tidak terbukti secara sainstifik, halia dipercayai dapat mengatasi masalah pencernaan. 3. Produk tenusu Sementara hendak sembuh, gantikan pengambilan produk tenusu dengan ikan salmon dan sayuran hijau yang turut mengandungi vitamin D. 4. Makanan masam Jeruk, tomato, lemon dapat menyebabkan rasa tidak selesa pada perut dan memburukkan masalah penghadaman yang sedang dihadapi. Lebih baik ambil makanan yang mempunyai rasa hambar seperti epal, pisang dan sayuran kaya serat seperti bawang dan asparagus. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!