suria

'Dry cleaning' dikatakan dapat hapuskan virus Covid-19, betul ke?

Cucian kering dikatakan mampu membunuh virus Covid-19 yang berkemungkinan menempel pada pakaian.

SEJAK dunia dilanda pandemik Covid-19, pelbagai informasi mengenai cara mencuci tangan, membersihkan rumah sehingga mencuci pakaian diberikan bagi memastikan wabak itu dapat dihapuskan.

Namun, bagaimana pula dengan cucian kering atau dry cleaning? Adakah ia lebih efektif membunuh virus, kuman dan bakteria yang melekat pada pakaian?

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu pakai tapi tak tahu cara betul buang pelitup muka, ikuti 4 langkah ini elak terdedah virus Covid-19

Sebelum membuat sebarang kesimpulan, kita perlu faham bagaimana proses cucian kering itu dilakukan.



Tidak ada petunjuk bahawa terdapat satu kaedah terbaik berbanding yang lain tentang cara mencuci pakaian bagi mematikan virus.

Proses 'dry cleaning' sendiri sebenarnya dicuci menggunakan pelarut kimia, biasanya perchloretylene sebelum pakaian dikeringkan.

Menurut pakar dalam penyakit berjangkit, Peter Chin Hong, bahan kimia yang digunakan tidak membunuh virus sebaliknya ia kesan daripada suhu tinggi yang digunakan dalam proses itu.

"Suhu panas yang digunakan ketika menggosok atau ditekan pada fabrik semasa proses cucian kering mematikan virus dan kuman yang menempel padanya. Haba adalah 'musuh' virus," katanya.

Berdasarkan penyelidikan terbaharu mengenai kaedah cucian pakaian dan Covid-19, tidak ada petunjuk bahawa terdapat satu kaedah terbaik berbanding yang lain.

Sebaliknya proses mencuci menggunakan suhu yang tepat dapat mematikan kuman dan virus.



Suhu air yang tepat mampu mematikan virus bukan teknik cucian.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, virus selesema akan mati pada suhu melebihi 75 darjah celcius manakala bagi mematikan virus Covid-19 pada fabrik dicadangkan 60 darjah celcius selama 20 minit.

"Tidak ada bukti mengatakan cucian kering lebih baik atau kurang efektif dalam membunuh koronavirus berbanding cucian tangan atau mesin basuh di rumah," ujarnya.

Dalam kata lain, kita tidak perlu membawa pakaian ke kedai dobi untuk cucian kering bagi membunuh virus.

Sebaliknya, ia boleh dilakukan di rumah, asalkan menggunakan serbuk pencuci yang cukup serta menggunakan air dengan suhu tepat bagi membunuh kuman dan virus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain