SETIAP ibu bapa pasti mahu melakukan kejutan sempena hari lahir anak tersayang. Namun tak semua dirancang akan menjadi, lebih-lebih lagi di saat negara dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19. Apatah lagi ada beberapa negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan peningkatan kes pandemik yang mengancam nyawa itu. Meskipun semua perkara harus dilakukan dalam keadaan norma baharu, ia tidak sesekali menghalang pasangan suami isteri ini untuk memberi kejutan istimewa kepada anak perempuan mereka. Menyedari anak mereka, Irdina Kaisara begitu menggemari aiskrim keluaran Nestle, Izmarina dan Ikram Kamil memesan produk itu melalui perkhidmatan Nestle Ice Cream Home Delivery. Sehari sebelum hari istimewa anaknya pada 4 November lalu, pesanan Izmarina terpaksa dibatalkan kerana kawasan tempat tinggal mereka dekat Bagan Datoh di luar liputan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Pasukan Nestle Ice Cream merealisasikan impian Irdina Kaisara pada Khamis lalu. Namun Izmarina bertindak menghubungi pasukan Nestle Ice Cream untuk meluahkan kekecewaannya kerana pesanan tersebut adalah sebagai kejutan untuk hari lahir anak perempuannya yang amat menggemari aiskrim keluaran syarikat tersebut. Tidak mahu mengecewakan hasrat salah seorang pelanggan mereka, Nestle cuba merealisasikan impian Irdina Kaisara menjadi kenyataan. Selepas pelbagai usaha dilakukan, pasukan Nestle Ice Cream menghubungi Izmarina untuk memaklumkan berita baik tersebut. Tiba hari yang dinanti, keluarga tersebut dikejutkan dengan kemunculan trak Nestle Ice Cream berwarna biru di depan rumah mereka. Malah, Irdina Kaisara yang menginjak usia tujuh tahun pada Khamis lalu turut gagal menahan sebak selepas menerima kejutan istimewa itu. "Dia sangat gembira! Ia sambutan hari lahir terbaik pernah diraikannya. Terima kasih Nestle Ice Cream, ” kata Izmarina. Nestle Ice Cream menyediakan penghantaran aiskrim yang menjadi pilihan ramai ke pintu rumah anda. Pada masa sama, Izmarina turut terkejut apabila menerima sebiji kek khas untuk anaknya daripada pasukan Nestle Ice Cream. Kejutan itu merupakan sebahagian daripada tanda muhibah dari Nestle Ice Cream untuk menghargai sokongan dan kesetiaan keluarga tersebut terhadap produk mereka. Meskipun rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu saja, Nestle Ice Cream telah mengambil setiap langkah positif bagi memberikan keceriaan hingga ke pintu rumah anda! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!