suria

Minuman bergas bukan sahaja penyebab diabetes, ketahui 5 penyakit lain yang mengintai kamu!

Minuman bergas memang tidak baik untuk kesihatan.

RAMAI cukup suka minum minuman berkarbonat meskipun tahu ia tidak baik untuk kesihatan. Paling popular, ia dikaitkan dengan penyakit diabetes memandangkan ia mengandungi gula yang tinggi.

Satu botol soft drink biasanya mengandungi 39 gram gula dan ia sangat tinggi apatah lagi kita hanya disarankan untuk mengambil kadar gula yang rendah setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja tak gosok gigi, diet dan ubat juga punca mulut berbau!

Tetapi ia bukan sahaja menyebabkan peningkatan gula dalam darah serta risiko diabetes, minuman berkarbonat juga boleh mendatangkan penyakit lain termasuklah;

1. Meningkatkan risiko mati mengejut

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine mendapati pemanis buatan seperti minuman ringan meningkatkan risiko kematian mengejut sebanyak 26 peratus.

Kajian ini mengikuti 450,000 orang Eropah dalam jangka masa 16 tahun dan mengesan kadar kematian para peserta. Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Circulation mendapati bahawa walaupun hanya mengambil 340 gram gula dalam minuman ringan sehari dapat meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 20 peratus. Ini kerana soda mempunyai sifat keradangan.

2. Mengganggu waktu tidur

Dalam kajian dilakukan Sleep Health mendapati, tidur yang terganggu boleh disebabkan oleh pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak.

Daripada 18,000 peserta mereka yang minum air berkarbonat hanya dapat tidur selama lima jam atau kurang.

3. Menyebabkan masalah kulit

Terlalu banyak minum air bergas dapat membuatkan masalah jerawat semakin teruk. Hal ini dibuktikan oleh satu kajian pada 2019 yang menjelaskan gula penyebab kepada keradangan pada kulit.

4. Merosakkan gigi

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Dentistry, minuman soda berwarna yang lebih gelap dapat merosakkan dan menghakis permukaan gigi.

American Dental Association menjelaskan gula merupakan penyebab utama kerosakan gigi.

5. Meningkatkan berat badan

Selain tinggi kandungan gula, minuman ringan juga tinggi kalori iaitu boleh mencapai 140 kalori untuk satu hidangan. Kedua-dua faktor ini dapat membuatkan berat badan bertambah dengan lebih cepat.

Kajian dilakukan The American Journal of Clinical Nutrition juga mendapati minuman yang dibuat menggunakan sirap jagung fruktosa cukup sinonim dengan punca obesiti.

Artikel Lain