SERANGAN jantung adalah keadaan kecemasan yang memerlukan bantuan perubatan segera. Malangnya, ada yang terlambat mendapatkan atau diberikan bantuan sehingga meragut nyawa pesakit. Sebenarnya, semakin cepat penghidap serangan jantung mendapat bantuan perubatan di bilik kecemasan, semakin besar peluangnya untuk hidup.ARTIKEL BERKAITAN: Jaga-jaga... 5 penyakit ini lebih popular dalam kalangan wanita berbanding lelaki Penjagaan perubatan yang betul dapat mengurangkan kadar kerosakan jantung yang disebabkan oleh serangan. Terdapat beberapa tanda serangan jantung yang antara lain; Penting untuk mengetahui gejala serangan jantung. 1. Tidak selesa atau rasa sakit pada bahagian dada. 2. Rasa sakit tidak hanya di dada tetapi juga boleh merebak ke bahagian rahang, bahu, lengan, punggung atau perut. 3. Berpeluh 4. Sakit kepala 5. Mual (lebih biasa pada wanita) 6. Kehilangan deria rasa, sakit atau mengalami kesemutan pada lengan 7. Sukar bernafas 8. Rasa lemah atau letih Bantuan CPR dapat menyelamatkan mangsa. Gejala ini biasanya muncul selama atau lebih daripada 15 minit. Tetapi, biasanya juga ia tidak berlaku tanpa tanda-tanda yang ketara. Banyak penderita mengalami serangan jantung dengan tanda amaran berjam-jam, hari, atau minggu sebelumnya. Pertolongan cemas ketika seseorang mengalami serangan jantung adalah sangat penting dan terdapat beberapa bantuan kecemasan yang boleh dilakukan termasuklah; 1. Jangan abaikan gejala serangan jantung. Segera hubungi hospital terdekat untuk mendapatkan bantuan perubatan. Sekiranya boleh, minta pertolongan daripada orang terdekat untuk segera membawa pesakit ke hospital. 2. Bantu pesakit untuk duduk, berehat, dan berusaha untuk tetap tenang dan selesa. 3. Longgarkan semua pakaian ketat agar lebih mudah pesakit bernafas. 4. Tanyakan adakah pesakit mengambil ubat jantung untuk merawat sakit dada. Sekiranya ada, bantulah mereka untuk makan ubat. 5. Sekiranya kesakitan tidak hilang tiga minit selepas makan ubat, segera bawa pesakit ke hospital. 6. Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri, hubungi hospital terdekat sambil memberikan bantuan CPR (teknik dada dan teknik pernafasan penyelamat) yang betul. 7. Sekiranya anda belum dapat memberikan bantuan CPR, sementara menunggu bantuan perubatan, anda boleh meminta arahan daripada pengendali perubatan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!