suria

Bukan sahaja tak gosok gigi, diet dan ubat juga punca mulut berbau!

Bau nafas yang tidak menyenangkan boleh membuatkan orang lain tidak selesa.

HAMPIR 80 juta orang mengalami masalah bau mulut dan boleh dikatakan ia masalah biasa yang berlaku.

Bagaimanapun ia bukan sahaja disebabkan tidak menjaga kebersihan mulut dengan baik tetapi ia boleh berlaku disebabkan beberapa keadaan dan penyakit tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami sakit mata kronik, Suhami Saad tidak menolak terkena gangguan sihir

Berikut adalah lima faktor yang menyebabkan mulut dan nafas berbau.

1. Cara gosok gigi yang salah

Teknik menggosok gigi yang salah adalah punca utama berlakunya masalah bau mulut. Ketika makanan melekat di antara gigi dan di bawah gusi, bakteria akan memecahkannya dan meninggalkan gas busuk yang berbau.

Salah satu cara untuk mengetahui adakah anda mengalami masalah bau mulut - bersihkan celah gigi dengan flos gigi dan kemudian cium bau benangnya.

Jika ada bau busuk, ertinya mulut dan nafas anda berbau. Namun, bau mulut jenis ini dapat ditangani dengan menggosok gigi menggunakan ubat gigi berflourida dua kali sehari dan membersihkan gigi dengan benang setiap hari.

Jagan lupa juga untuk membersihkan lidah kerana ia juga tempat bakteria menempel.

2. Pengambilan makanan berbau

Terdapat banyak makanan yang menyebabkan mulut berbau seperti bawang, durian, petai apabila ia melepaskan gas sulfur.

Ia memiliki bau seperti telur busuk. Meskipun sudah menggosok gigi, baunya masih melekat sehingga 72 jam!

Bagi mengelak masalah ini, perbanyakkan pengambilan makanan melawan bau seperti lemon, buah, sayur yang merangsang penghasilan air liur yang dapat membersihkan kotoran. Bagi mempercepatkan proses itu, perbanyakkan minum air.

3. Diet rendah karbohidrat

Pemakanan yang rendah karbohidrat dan tinggi protein memaksa tubuh berada dalam keadaan ketosis, iaitu sistem tubuh mula membakar sel lemak untuk mendapatkan tenaga.

Proses tersebut bagaimanapun menghasilkan keton yang membuatkan nafas dan air kencing berbau. Sebaik-baiknya jika anda sedang berdiet, banyak minum air bagi mengeluarkan keton daripada tubuh.

4. Pengambilan ubat-ubatan

Ada banyak ubat yang boleh menyebabkan mulut berasa kering sekaligus membuatkan nafas berbau seperti ubat anti-kemurungan, tekanan darah tinggi, ketegangan otot dan sakit sendi.

Jika mengalami masalah itu, sebaik-baiknya dapat nasihat doktor untuk bagi menukar ubat yang lebih sesuai.

5. Merokok

Bau tembakau bukan sahaja boleh melekat pada pakaian dan badan tetapi juga nafas. Asap yang disedut boleh mengeringkan air liur.

Apabila air liur kering dan ditambah dengan bau tembakau, ia mencipta nafas khas buat perokok. Penyelesaiannya? Perokok pasti sudah tahu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain