suria

Susah tinggalkan tabiat merokok? Ketahui kesan tinggalkan rokok selepas 20 minit hingga 10 tahun!

Berhenti merokok dapat memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya dalam tempoh jangka panjang.

SEMUA orang tahu bahawa tabiat merokok memberi kesan buruk kepada kesihatan dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser.

Bagaimanapun bagi perokok tegar, tabiat itu sukar ditinggalkan kerana sudah ketagih walaupun sebenarnya berhenti merokok dalam tempoh 20 minit sahaja pun tubuh anda sudah mampu pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak berhenti merokok tapi susah? Cuba tiga langkah mudah ini sebagai permulaan

Berhenti merokok dalam jangka waktu panjang juga dapat memberikan manfaat lebih efektif kepada kesihatan. Ini yang berlaku jika anda berhenti merokok.

1. Selepas 20 minit

* Kita berhenti mencemarkan udara.

* Menurunkan tekanan darah dan denyutan nadi.

* Meningkatkan suhu tangan dan kaki.



Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung.

2. Selepas 8 jam

* Tahap karbon monoksida dalam darah kembali normal.

* Tahap oksigen dalam darah meningkat.

3. Selepas 24 jam

* Mengurangkan risiko terkena serangan jantung

4. Selepas 48 jam

* Saraf mula menyesuaikan diri untuk tidak bergantung kepada nikotin.

* Deria bau dan rasa kembali normal

5. Selepas 72 jam

* Pernafasan lebih baik kerana tiub bronkial di dalam paru-paru telah membuka lebih banyak ruang.

* Keupayaan paru-paru untuk mengisi udara turut meningkat.



Risiko kematian akibat barah paru-paru menurun sebanyak 50 peratus selepas 10 tahun berhenti merokok.

6. Selepas 1-3 bulan

* Merasai peningkatan tenaga pada seluruh badan.

7. Selepas 9 bulan

* Batuk, hidung tersumbat serta sesak nafas akan berkurangan.

* Meningkatkan keupayaan dan membersihkan paru-paru serta mengurangkan risiko jangkitan

8. Selepas setahun

* Menurunkan risiko penyakit berkaitan jantung

* Menurunkan risiko penyakit angin ahmar

9. Selepas 10 tahun

* Risiko kematian akibat barah paru-paru berkurangan sebanyak 50 peratus.

* Menurunkan risiko lain seperti kanser mulut, esofagus dan lidah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain