KEBANYAKAN ubat memiliki rasa pahit sehingga membuatkan ramai yang menyulamnya dengan air seperti teh atau kopi serta air berkarbonat. Namun sebenarnya, menelan ubat menggunakan air tersebut tidak disarakankan kerana kandungan kafein dapat menyebabkan zat kimia pada ubat sukar dicernakan.ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Diabetes bukan sahaja penyakit orang dewasa... kenali jenis, penyebab dan gejalanya pada kanak-kanak Kesan interaksi ubat dan kafein dapat melambatkan tindak balas ubat di dalam tubuh sehingga meningkatkan pula risiko terjadinya kesan samping lain seperti rasa gelisah, sakit perut, mual, muntah serta degupan jantung menjadi lagu. Akibatnya, ubat yang dimakan tidak berkesan melawan penyakit malah boleh menyebabkan ia bertambah buruk. Ubat lebih baik dimakan bersama air putih. Jenis-jenis ubat yang tidak boleh diminum dengan air berkafein; 1. Ubat tekanan darah tinggi 2. Ubat cair darah 3. Ubat antibiotik 4. Ubat anti-kemurungan 5. Ubat kontraseptif Minuman lain yang tidak boleh disulam bersama ubat adalah susu terutamanya jika seseorang mengambil ubat-ubatan seperti antibiotik seperti ampisilin, amoxicillin, chloramphenicol, serta antibiotik dalam kumpulan tetracycline dan ciprofloxin. Kandungan kalsium, zinc, zat besi, dan magnesium di dalam susu dapat mengikat beberapa jenis antibiotik tertentu dan menyebabkan penyerapan ubat di dalam usus. Apabila antibiotik berikatan dengan zat-zat tersebut maka dapat membentuk zat yang tidak larut dan tidak dapat diserap oleh tubuh. Akibatnya, ubat menjadi tidak efektif dan proses penyembuhan menjadi lama. Jika ingin minum susu, sebaiknya tunggu dua jam sebelum atau selepas makan ubat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!