suria

Mudah, murah! 5 bahan di dapur ini bantu hilangkan sakit tekak

Sakit tekak memang menggangu disebabkan rasa gatal dan sakit ketika menelan.

SAKIT tekak boleh jadi sangat mengganggu apatah lagi ia menyebabkan batuk yang menyakitkan selain rasa gatal terutamanya ketika menelan.

Kebiasaannya ubat batuk menjadi pilihan apabila seseorang mengalami sakit tekak namun ramai tidak mengetahui ada beberapa bahan semula jadi yang mampu membantu meredakan sakit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap sakit kepala selepas bangun tidur? Mungkin dah tiba masa untuk anda kurangkan kafein, ubat tertentu

Beberapa cara itu termasuklah;

1. Garam

Garam dapat membantu mengurangkan bengkak pada tekak selain membunuh bakteria berbahaya. Caranya mudah, campurkan satu sudu teh garam dalam air suam dan kumur selama 30 saat.

2. Cuka epal

Cuka epal sudah menjadi bahan perubatan tradisional selama berabad-abad. Bagi meredakan sakit tekak, campurkan satu sudu cuka epal dan madu dalam segelas air suam sebelum diminum.

3. Lemon

Air lemon kaya dengan vitamin C dan antioksida. Ia dapat melawan keradangan dan mengurangkan rasa sakit tekak. Ia juga mampu meningkatkan jumlah air liur yang dapat membantu menjaga kelembapan saluran kerongkong.

4. Akar halia

Akar halia mengandungi anti bakteria dan anti keradangan yang mampu membantu mengurangkan sakit tekak. Ekstrak akar halia dapat membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit berkaitan pernafasan serta mengurangkan keradangan.

Halia dapat dijadikan sebagai teh dan salah satu resepi mudah adalah dengan mencampurkannya dalam air panas, madu serta jus lemon bagi menambah keenakan serta khasiatnya.

5. Minyak kelapa

Minyak kelapa dapat membantu melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan. Caranya mudah, anda hanya perlu mencampurkan minyak tersebut dalam minuman serta cepat melegakan sakit tekak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain