suria

Menjaga hubungan dengan pasangan di musim pandemik lebih mudah jika masing-masing lakukan 4 perkara ini

Mengekalkan hubungan yang bahagia dan gembira ketika pandemik sangat penting.

KETIKA musim pandemik, antara cabaran yang perlu ditempuh adalah untuk memastikan sesebuah ikatan perkahwinan atau percintaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Pelbagai faktor seperti tekanan kerja, kehilangan kerja boleh menyumbang kepada keretakan hubungan selain perlu berhadapan dengan ketidaktentuan wabak ketika ini.

Bagaimanapun masih ada cara yang boleh dipraktikkan supaya sesuatu hubungan itu sentiasa dalam keadaan harmoni sekali gus mampu mengharungi cabaran sukar ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke anda mencintai si dia? Ini 7 tanda tiada lagi perasaan sayang padanya.

Berikut adalah 4 perkara yang perlu dilakukan oleh mereka yang mahu hubungan kekal sihat dan bahagia;

1. Mendengar

Dalam kehidupan berpasangan, berilah telinga kamu sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kamu sedang memahami, memberi perhatian atau cuba mengatasi sesuatu masalah.

Apabila salah seorang sedang bercakap, meluahkan perasaan dan sebagainya, sebelah pihak lagi jangan mudah membalas atau terus memberi respon malah biasakan diri untuk menjadi pendengar setia.

Ini adalah kunci kebahagiaan dalam menjaga hubungan dengan lebih baik.



komunikasi di antara pasangan juga sangat penting.

2. Bersikap tegas

Ini tidak bermaksud seseorang itu perlu menjadi garang dalam perhubungan. Bersikap tegas bermaksud kekal dengan pendirian diri dan jangan biasakan diri melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa.

Sampaikan perasaan atau apa yang kamu fikirkan yang baik untuk hubungan itu dengan cara yang positif, tenang dan sebagainya. Bukan dengan cara kasar, agresif mahupun mendesak.

3. Mencari penyelesaian

Lumrah dalam hidup berpasangan jika kamu tidak mempunyai persefahaman. Jangan mudah menggangap tiada persefahaman itu bermaksud kamu tidak sesuai bersama.

Lebih baik mencari penyelesaian dan menerima sudut pandangan satu sama lain. Cari jalan untuk meredakan keadaan dan berbincang atau mendapat kata sepakat.

Jika keadaan itu sangat rumit atau tegang, cuba untuk memberi masa kepada diri masing-masing untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan apabila keadaan semakin baik barulah sama-sama mencari punca sesuatu masalah itu.

4. Fahami perasaan anda

Sebelum mengambil sesuatu keputusan dalam sesuatu keadaan, lebih baik kamu fahami perasaan kamu terlebih dahulu dalam apa jua situasi sekali pun.

Fahami perasaan itu sesuatu yang sukar jika seseorang itu meletak emosi di dalamnya.

Diri sendiri perlu bersedia terlebih dahulu dengan pelbagai cara untuk menenangkan, membantu dan juga menyelesaikan konflik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain