suria

Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang... 5 sebab 'perut berbunyi' yang perlu dielak

Makan ketika dalam keadaan lapar akan menyebabkan kita makan berlebihan.

SUDAH tidak asing lagi kata-kata 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang' dalam masyarakat kita. Malah Rasulullah SAW juga menjadikan ia sebagai salah satu sunnah yang diamalkan Baginda demi menjaga kesihatan diri.

Adakalanya kekenyangan itu akan membuatkan diri tidak aktif dan bertenaga sehingga menyebabkan rasa malas timbul dalam diri. Logiknya, seseorang itu akan makan apabila berasa lapar dan berhenti ketika perutnya sudah penuh atau kenyang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sembarangan buah, nangka ada macam-macam kebaikan untuk kesihatan anda

Terdapat lima sebab kenapa kita perlu melatih diri untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

1. Lapar akan menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang banyak.

Pengambilan makanan yang tidak teratur seperti melewatkan waktu makan dan sebagainya akan membuatkan anda berasa terlalu lapar.

Ia sekaligus menyebabkan kadar gula dalam darah turut menurun, dan dalam keadaan terlalu lapar, kita akan berpotensi makan secara berlebihan.

Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell mendedahkan bahawa individu yang melewatkan waktu makan atau membiarkan dirinya dalam keadaan lapar lebih cenderung mengambil makanan ringan berbanding individu yang makan pada awal waktu.

2. Lapar tidak membantu turunkan berat badan.

Sesetengah orang beranggapan bahawa diet adalah cara paling efektif untuk mendapatkan tubuh badan yang diidamkan.

Sebenarnya tanggapan itu tidak benar, kerana saat seseorang itu berasa lapar, dia berkemungkinan akan makan makanan yang kurang sihat. Ini terjadi disebabkan kadar gula dalam darah turun mendadak.

Menurut Rich Tidmarsh dari Reach Fitness London, seseorang yang cukup disiplin dalam diet tetap akan kecundang apabila dirinya betul-betul berasa lapar.

3. Lapar membuatkan anda tidak bijak memilih makanan.

Ketika lapar, seseorang itu sudah pasti akan terburu-buru untuk memilih makanan yang hendak dimakan. Maka kebanyakkannya akan memilih makanan yang sedap walaupun sedar bahawa makanan itu kurang sihat.

4. Tidak tahu menilai saat lapar atau tidak.

Ada sesetengah orang, biarpun baharu sahaja makan tengah hari tetapi sudah mula berfikir tentang minum petang dan menu makan malam. Ini membuatkan fikiran sentiasa tertumpu kepada makanan.

Mereka yang mempunyai sikap begini bukan sebenarnya lapar tetapi bosan. Mereka makan bukan untuk mengisi perut tetapi tidak dapat menilai diri sendiri sama ada sedang lapar atau pun tidak.

5. Lapar adalah risiko tinggi.

Jika seseorang itu gemar membiarkan tubuh dalam keadaan lapar, kesihatan diri juga akan terjejas kerana ia boleh menimbulkan pelbagai gejala seperti mual, pening kepala dan sukar tidur. Selain itu, badan juga menjadi tidak bertenaga apatah lagi untuk kekal fokus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain