RAMAI tidak menggemari buah salak bukan kerana ia tidak sedap tetapi takut dengan kulitnya seperti sisik ular, namun tak ramai tahu bahawa ia mempunyai pelbagai khasiat. Salak atau nama saintifiknya Salacca Zalacca cukup popular di Indonesia terutamanya di Sumatera Selatan dan Jawa Barat selain terdapat pelbagai jenis seperti Salak Gula Pasir, Salak Bali dan Salak Yogyakarta.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sembarangan buah, nangka ada macam-macam kebaikan untuk kesihatan anda Selain rasanya yang manis dan kelat, salak merupakan sumber nutrisi, vitamin dan mineral yang cukup baik. Pengambilan 100 gram salak mengandungi 3.9 mg zat besi, 0.2 mg vitamin B2,8.4 mg vitamin C, 12.1 g karbohidrat, 38 mg kalsium, 18 mg fostor, o.8 g protein, 0.4 g lemak dan 0.3 g serat. Buah ini juga mengandungi Beta-Karoten yang merupakan antioksidan untuk mencegah penyakit kardiovaskular, angin ahmar serta kanser.Berikut adalah enam kebaikan buah salak yang mungkin tidak anda ketahui; Buah salak mempunyai rasa manis dan kelat. 1. Menjaga kesihatan penghadaman Salak merupakan salah satu buah yang kaya nutrisi terdiri daripada kalsium, tanin, saponin, flavonoid dan betakaroten yang cukup baik bagi kesihatan manusia. Kandungan tanin juga bersifat anti sembelit dan menyembuhkan rasa sakit perut. Selain itu, salak juga dapat merawat gangguan pencernaan. 2. Menguatkan ingatan Kandungan kalium dan pektin yang tinggi dalam buah salak membantu meningkatkan fungsi kognitif tubuh serta daya ingatan. 3. Mengawal gula dalam darah Kulit buah salak jika dijadikan teh dapat membantu penghasilan insulin sekaligus membantu mengawal gula dalam darah terutamanya pada pesakit diabetes. 4. Menjaga kesihatan jantung Jumlah antioksidan dan mineral yang tinggi menjaga sistem kardiovaskular untuk berfungsi dengan lebih baik. 5. Baik untuk ibu hamil Manfaat buah salak baik untuk ibu hamil yang mengalami 'morning sickness' bagi membantu memberikan rasa lega dan menghilangkan rasa mual. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!