suria

Baru nak makan dah basi? Ini cara pastikan ketupat tahan lama

Ketupat memang sedap dimakan bersama kuah kacang dan kuah lodeh.

KETUPAT sudah menjadi menu tradisi setiap kali hari raya. Namun, adakalanya ketupat cepat basi walaupun ia baru sahaja direbus.

Tenang, terutamanya bagi yang menyambut raya solo di rumah ketika ini - ada cara untuk memastikan ketupat yang dibuat atau dibeli tidak cepat basi.

ARTIKEL BERKAITAN: Seolah-olah boleh hidu PKP 3.0, wanita ini buat persiapan raya sejak 2 bulan lalu

1. Gantung ketupat

Pasti kita pernah lihat ketupat yang digantung, bukan? Sebenarnya ada sebab ia digantung bagi membolehkan lebihan air yang terperangkap di dalamnya mengalir keluar.

Langkah itu dilakukan kerana air berlebihan itu dapat membuatkan ketupat menjadi cepat basi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

2. Simpan dalam peti ais

Jika ada lebihan ketupat, sebaik-baiknya ia disimpan dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Dengan cara ini, ia mampu bertahan lebih lama.

Sekiranya ingin makan, anda hanya perlu bawa keluar dan mengukus atau merebusnya sekali lagi.

3. Kukus mengikut keperluan

Memandangkan raya kali ini tiada tetamu dibenarkan menziarah, sebaik-baiknya rebus ketupat mengikut keperluan sahaja. Jangan membazir!

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain